Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee

Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee
link : Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee

Baca juga


Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee

Imej via FB Rasmi KPM
HULU LANGAT: Kementerian Pendidikan akan berbincang dengan industri perhotelan berhubung keperluan menggunakan kolam renang mereka bagi pelajaran renang untuk pelajar sekolah yang akan diwajibkan kelak.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, usaha itu adalah sebagai tambahan terhadap apa yang diumumkan sebelum ini untuk menggunakan kemudahan kolam renang awam termasuk di kompleks-kompleks sukan berhampiran sekolah.

“Tak semua sekolah ada kemudahan kolam renang atau berdekatan pusat kolam renang, (tapi) ada hotel mempunyai prasarana kolam renang ini.
“Jadi, mungkin pihak hotel boleh melakukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan menawarkan kepada sekolah-sekolah berdekatan untuk pelajaran renang yang kita anjurkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Program ‘Life Saving Skills’ dan Modul Kesedaran Keselamatan dan Menyelamat Di Air Sekolah-sekolah Malaysia 2018 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (Kem Tekali) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausahanya, Datuk Dr Mohd Gazali Abas dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Habibah Abdul Rahim.

Sebelum ini, Maszlee mengumumkan kementeriannya sedang dalam peringkat perbincangan mengenai keperluan untuk mengajar pelajaran renang di sekolah selepas dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang melihat peningkatan kejadian lemas membabitkan pelajar sekolah sejak kebelakangan ini.

Katanya, perbincangan itu turut mengambil kira masalah kekurangan kemudahan kolam renang terutamanya di sekolah-sekolah luar bandar dan akan menggunakan kemudahan kolam renang awam berhampiran sekolah.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu berharap pihak hotel dapat melakukan tindakan proaktif susulan pengumumannya itu.

“Pihak hotel akan dibawa berbincang dan kita mengharapkan mereka buat tindakan proaktif terhadap harapan kita untuk CSR ini.

“Kurikulum renang ini memang dah ada dan perancangan jangka panjang kita supaya setiap pelajar bukan saja ada kemahiran berenang, tetapi juga kemahiran menyelamatkan nyawa dan kesedaran keselamatan dalam air.

“Perancangan jangka panjang (pelajaran renang) akan jadi satu silibus wajib,” katanya.

Ditanya mengenai sasaran pelajar yang akan mendapat manfaat daripada pelajaran itu beliau berkata, sekurang-kurangnya 20 peratus atau satu juta akan mempelajari kemahiran itu dalam tempoh enam tahun.

Terdahulu dalam ucapannya, Maszlee berkata, statistik daripada Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) menunjukkan hampir setiap tahun berlaku peningkatan kes lemas.

“Contohya, purata kes lemas bagi tempoh 2009 hingga 2013 adalah sebanyak 596 kes iaitu purata 120 kes setahun.

“Golongan kanak-kanak dan remaja adalah mangsa paling ramai iaitu hampir 50 peratus daripada jumlah kematian,” katanya.

Sumber: Berita Harian
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee

Sekianlah artikel Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syor guna kolam renang hotel ajar pelajar berenang - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/11/syor-guna-kolam-renang-hotel-ajar.html

Subscribe to receive free email updates: