Guru maut pulang dari bercuti

Guru maut pulang dari bercuti - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru maut pulang dari bercuti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru maut pulang dari bercuti
link : Guru maut pulang dari bercuti

Baca juga


Guru maut pulang dari bercuti

DUNGUN - Perjalanan pulang seorang guru wanita dari bercuti di kampung halaman berakhir dengan tragedi apabila kereta Proton Persona dipandunya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Kilometer 362.9, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Bukit Besi dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, Noraini Mohd., 34, yang juga Warden Asrama Puteri Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sedia Raja, Rembau, Negeri Sembilan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dalaman, kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Noraini yang memandu sendirian dalam perjalanan pulang untuk bertugas di SMK Dato Sedia Raja, Rembau selepas bercuti di kampung halaman di Kampung Tetambah, Manir, Kuala Terengganu.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Persona dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

"Impak daripada rempuhan itu, guru wanita terbabit tercampak keluar sejauh beberapa meter dari kenderaannya," katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Sumber - K! ONLINE


loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru maut pulang dari bercuti

Sekianlah artikel Guru maut pulang dari bercuti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru maut pulang dari bercuti dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/guru-maut-pulang-dari-bercuti.html

Subscribe to receive free email updates: