Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM

Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM
link : Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM

Baca juga


Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM

Proses saringan penting bagi memastikan seorang kanak-kanak berumur enam tahun telah bersedia untuk mengikuti persekolahan tahun satu lebih awal dari kohort umurnya, demikian menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini.

Jelas kenyataan itu, proses saringan juga memastikan kanak-kanak itu mencapai tahap munasabah dari segi kesediaan mental dan kemampuan membaca sesuai dengan perkembangan kanak-kanak yang berumur enam tahun dan ke atas.

"Adalah tidak tepat untuk mengatakan tindakan saringan yang dilaksanakan bertujuan menafikan hak seseorang kanak-kanak untuk mengikuti alam persekolahan atau mengenakan tekanan ke atas mereka," kata KPM lagi.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan media sebelum ini berkaitan prosedur kemasukan ke sekolah bagi kanak-kanak bawah enam tahun.

Menurut KPM, kelonggaran syarat yang diberikan adalah kepada kanak-kanak (warganegara) yang mencapai umur enam tahun pada tarikh 2 hingga 15 Januari pada tahun persekolahan semasa dan telah mendaftar untuk persekolahan tahun satu bagi kohort umurnya.

"Kanak-kanak ini juga mestilah telah mengikuti kelas prasekolah atau tadika dan memenuhi kriteria yang ditetapkan serta mencapai tahap yang munasabah sesuai dengan kemasukan awal ke tahun satu," katanya.
Perlu lepasi dua modul

Menurut KPM, permohonan kemasukan kanak-kanak di bawah umur ke tahun satu boleh dibuat dengan mengisi borang PMA01 yang boleh diperoleh di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang berhampiran.

Jelasnya, calon kanak-kanak terbabit perlu melalui modul saringan bertulis yang mudah dan modul temu bual yang ringkas. Kedua-dua modul ini dibuat secara berpusat di semua negeri. Kanak-kanak yang melepasi kedua-dua modul akan ditawarkan tempat di tahun satu.

Modul saringan bertulis dan modul temu bual dibina oleh panel yang terdiri daripada pelbagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang prasekolah. Ujian saringan ini telah diamalkan sejak tahun 2003, katanya lagi.

KPM turut mengucapkan terima kasih ke atas semua saranan dan pandangan membina yang telah diberikan termasuk oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

“Kesemua saranan dan pandangan itu akan diambil kira dalam semakan untuk penambahbaikan akan datang,” katanya.

- Bernama
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM

Sekianlah artikel Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Darjah 1 umur 6 tahun: Proses saringan penting - KPM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/darjah-1-umur-6-tahun-proses-saringan.html

Subscribe to receive free email updates: