Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful

Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful
link : Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful

Baca juga


Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful

KUALA LUMPUR : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memfokuskan kepada pentingnya konsep penabungan pada tahun 2019.

Menurut, Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, PTPTN ketika ini mempunyai dua fokus utama iaitu memberikan pinjaman dan menguruskan simpanan.

“Ramai yang tidak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN itu.

“Sebenarnya di dalam PTPTN, kita bukan sahaja sebagai badan memberi pinjaman tetapi kita juga sebagai badan tabungan,” katanya sewaktu menjadi tetamu dalam program bual bicara di sebuah stesen televisyen.

Wan Saiful juga berkata, sekiranya tabungan dibuat sejak kecil oleh ibu bapa, ia akan memudahkan proses pembiayaan pengajian anak mereka ketika mereka ingin melanjutkan pelajaran.

“Kalau hari ini seorang anak dilahirkan dan telah mendapat sijil kelahiran, ibu bapa dapat ke cawangan PTPTN pada minggu kedua untuk membuka akaun simpanan untuk anak mereka.

“Sekiranya anak tersebut mencecah usia 18 tahun, dia tidak akan ke kaunter untuk melakukan pinjaman PTPTN tetapi hanya ingin mengeluarkan simpanan di dalam akaun yang telah dilakukan oleh kedua ibu bapa sejak mereka kecil lagi,’’ katanya.

Wan Saiful tidak menafikan budaya menyimpan akan mengambil masa untuk dijadikan amalan dalam kalangan masyarakat dan pihaknya akan terus berusaha menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menabung di dalam PTPTN.

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching sebelum ini dilaporkan berkata kutipan PTPTN sehingga Oktober lalu telah mencecah RM13.86 bilion.

Ini merangkumi jumlah 68.2 peratus daripada 1.5 juta peminjam.

Sumber: Astro Awani
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful

Sekianlah artikel Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masyarakat tak nampak perkataan tabung di dalam PTPTN - Wan Saiful dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/masyarakat-tak-nampak-perkataan-tabung.html

Subscribe to receive free email updates: