Menteri nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah

Menteri nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Menteri nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Menteri nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah
link : Menteri nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah

Baca juga


Menteri nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menafikan laporan media yang mendakwanya menyebut kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah di sekolah.

Setiausaha Akhbarnya, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata perkataan sejarah yang disebut Maszlee tidak merujuk kepada sukatan pelajaran, sebaliknya merujuk kepada sejarah Malaysia secara am.

Katanya, laporan media berkenaan adalah tidak tepat kerana keputusan untuk memasukkan isu 1MDB ke dalam subjek Sejarah terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.
“Ketika menjawab soalan tambahan YB Pontian (Datuk Seri Ahmad Maslan), Dr Maszlee hanya menyebut isu 1MDB akan dimasukkan dalam sejarah Malaysia.

“Laporan media memetik seolah-olah Dr Maszlee mengatakan kes 1MDB akan dimasukkan ke dalam silibus subjek Sejarah Malaysia adalah tidak tepat.

“Soal sama ada ia akan dimasukkan ke dalam silibus terserah kepada jawatankuasa kajian kurikulum Kementerian Pendidikan.

“Kerjasama media dipohon agar membuat pembetulan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Maszlee dilaporkan berkata, isu berkaitan skandal 1MDB dan penyelewengan membabitkan ahli politik akan dimasukkan sebagai sukatan pelajaran Sejarah di sekolah.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Ahmad ingin mengetahui fakta sejarah yang menjadi kontroversi dalam negara dan garis masa ditetapkan bagi membolehkannya dijadikan sebahagian daripada pengisian mata pelajaran.
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Menteri nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah

Sekianlah artikel Menteri nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Menteri nafi mahu masukkan 1MDB dalam subjek Sejarah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/menteri-nafi-mahu-masukkan-1mdb-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: