PTPTN perlu lebih masa kaji kaedah baru bayaran balik pinjaman

PTPTN perlu lebih masa kaji kaedah baru bayaran balik pinjaman - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PTPTN perlu lebih masa kaji kaedah baru bayaran balik pinjaman, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PTPTN perlu lebih masa kaji kaedah baru bayaran balik pinjaman
link : PTPTN perlu lebih masa kaji kaedah baru bayaran balik pinjaman

Baca juga


PTPTN perlu lebih masa kaji kaedah baru bayaran balik pinjaman


KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan tempoh 6 hingga 12 bulan bagi mengkaji semula pelaksanaan kaedah baru bayaran balik pinjaman pendidikan.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata, tempoh itu diperlukan bagi mendapatkan formula baru kaedah pembayaran pinjaman melalui perbincangan dengan pihak berkepentingan serta mengambil kira maklum balas yang diterima daripada semua pihak.

“PTPTN menerima keputusan yang dibuat oleh Kabinet untuk menangguhkan dasar baru yang diumumkan sebelum ini. Kerajaan sememangnya berhasrat untuk membantu rakyat, terutamanya peminjam daripada golongan B40 (kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah) agar tidak terbeban.

“Kami akan mengadakan ‘engagement’ dengan pihak berkepentingan termasuk pemegang taruh, majikan, peminjam, belia muda dan kementerian yang terlibat,” katanya kepada program Ala Carte Pagi Bernama Radio, di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil perbincangan akan dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan sebelum pelaksanaan mekanisme baru itu.

Pada Jumaat lalu (7 Dis) Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan penangguhan pelaksanaan kaedah baru bayaran balik PTPTN secara Potongan Gaji Berjadual yang dijadualkan bermula Januari depan.

Dalam pada itu, Mastura berkata, semua peminjam PTPTN termasuk yang dikenakan tindakan penguatkuasaan yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 27 Okt tahun lalu hingga 31 Dis ini layak mendapat diskaun 20%.

Sumber: Free Malaysia Today

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PTPTN perlu lebih masa kaji kaedah baru bayaran balik pinjaman

Sekianlah artikel PTPTN perlu lebih masa kaji kaedah baru bayaran balik pinjaman kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PTPTN perlu lebih masa kaji kaedah baru bayaran balik pinjaman dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/ptptn-perlu-lebih-masa-kaji-kaedah-baru.html

Subscribe to receive free email updates: