link : Subjek Sivik akan lahirkan murid kelas dunia - Maszlee
Subjek Sivik akan lahirkan murid kelas dunia - Maszlee
KUALA LUMPUR 4 Dis.- Kementerian Pendidikan merancang untuk memperkenalkan semula mata pelajaran pendidikan sivik di sekolah selain kemahiran seperti keselamatan dalam air dimasukkan dalam sukatan pelajaran.
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, mata pelajaran pendidikan sivik tersebut tidak akan membosankan dan menerusinya pelajar akan bersedia untuk menjadi warga kelas dunia.
“Kami percaya dalam pendidikan sivik ini, pelajar akan belajar banyak perkara, dalam membangunkan mata pelajaran ini, semua pemegang taruh akan diambil kira,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini seperti disiarkan dalam portal tersebut, hari ini.
Jelas Maszlee, banyak pihak telah bertemunya termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Surahanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang mencadangkan supaya mata pelajaran baharu diajar di sekolah.
Katanya, antara yang dicadangkan termasuklah pendidikan hak asasi manusia, alam sekitar, integriti dan pendidikan seks.
“Kami tidak mahu membebankan anak-anak dengan lebih banyak mata pelajaran, jadi apa yang akan kita buat adalah rangkumkan semua perkara ini dalam satu subjek iaitu pendidikan sivik,” katanya.
Tambah Maszlee, murid sekolah juga akan diajar berenang serta kemahiran ikhtiar hidup seperti rawatan kecemasan yang berupaya melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan yang dapat menjadikan mereka warga kelas dunia. - UTUSAN ONLINE
Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, mata pelajaran pendidikan sivik tersebut tidak akan membosankan dan menerusinya pelajar akan bersedia untuk menjadi warga kelas dunia.
Jelas Maszlee, banyak pihak telah bertemunya termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Surahanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang mencadangkan supaya mata pelajaran baharu diajar di sekolah.
Katanya, antara yang dicadangkan termasuklah pendidikan hak asasi manusia, alam sekitar, integriti dan pendidikan seks.
“Kami tidak mahu membebankan anak-anak dengan lebih banyak mata pelajaran, jadi apa yang akan kita buat adalah rangkumkan semua perkara ini dalam satu subjek iaitu pendidikan sivik,” katanya.
Tambah Maszlee, murid sekolah juga akan diajar berenang serta kemahiran ikhtiar hidup seperti rawatan kecemasan yang berupaya melengkapkan diri masing-masing dengan pengetahuan yang dapat menjadikan mereka warga kelas dunia. - UTUSAN ONLINE
loading...
Demikianlah Artikel Subjek Sivik akan lahirkan murid kelas dunia - Maszlee
Sekianlah artikel Subjek Sivik akan lahirkan murid kelas dunia - Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Subjek Sivik akan lahirkan murid kelas dunia - Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/12/subjek-sivik-akan-lahirkan-murid-kelas.html