KPM disaran letak harga siling untuk Yuran PIBG - PIBGN

KPM disaran letak harga siling untuk Yuran PIBG - PIBGN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM disaran letak harga siling untuk Yuran PIBG - PIBGN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM disaran letak harga siling untuk Yuran PIBG - PIBGN
link : KPM disaran letak harga siling untuk Yuran PIBG - PIBGN

Baca juga


KPM disaran letak harga siling untuk Yuran PIBG - PIBGN

KUALA LUMPUR, 26 Rabiulakhir 1440H, Khamis – Kementerian Pendidikan disaran menetapkan harga siling bagi pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berdasarkan kemampuan setiap ibu bapa.
Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan berkata, langkah itu bagi mengelak ibu bapa terbeban dengan jumlah yuran yang terlalu tinggi di sesetengah sekolah terutamanya di kawasan bandar.

“Kementerian perlu mengeluarkan garis panduan had yuran yang perlu dibayar ibu bapa dengan mengambil kira kepada kedudukan dan jenis sekolah serta keupayaan ibu bapa pelajar itu sendiri sama ada di sekolah menengah, rendah mahupun di luar bandar.

“Malah kementerian juga boleh memberi pengecualian kepada ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai atau daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) daripada membayar yuran tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik semalam bahawa pihaknya tidak bercadang menyelaraskan yuran PIBG di seluruh negara, namun berharap terdapat perbincangan mengenai perkara itu bersama ibu bapa terlebih dahulu supaya kadarnya tidak membebankan.

Menurut Mohd Ali, kementerian juga perlu mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan termasuk PIBGN dalam menetapkan garis panduan harga siling tersebut bagi memastikan mekanisme yang diwujudkan nanti benar-benar berkesan dan boleh dilaksanakan.

Malah, sebarang keputusan mengenai harga siling itu juga perlu mendapat persetujuan daripada mesyuarat PIBG di sekolah dan diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah.

Beliau turut mengingatkan bahawa keutamaan yuran PIBG tersebut adalah bagi keperluan kebajikan, pembangunan pendidikan mahupun keselamatan sekolah.

“PIBG mesti mengambil maklum yuran tersebut bukan lah untuk tujuan majlis keraian, membiayai pakaian seragam ko-kurikulum atau peralatan persekolahan yang boleh dibeli di kedai seperti set peralatan geometri dan buku kerja,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Kamarozaman Abd Razak mencadangkan harga siling yuran PIBG pada kadar RM50 yang dianggapnya memadai dan tidak membebankan.

Beliau berkata, jumlah itu jika dikumpul sudah cukup untuk menggerakkan aktiviti serta menguruskan pembelajaran pelajar selain melaksanakan program pendidikan.

“Yuran ini merupakan sumbangan ibu bapa dalam membangunkan aktiviti pendidikan anak mereka jadi sekiranya mereka berkemampuan, tidak menjadi masalah jika mereka menyalurkan lebih daripada jumlah harga siling tersebut demi anak-anak mereka,” katanya.

Mengenai jaminan kementerian bahawa tiada lambakan pelajar di sekolah harian berikutan tawaran memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun ini mengutamakan golongan B40 dan penduduk di luar bandar, Kamarozaman berkata setakat ini jumlah pelajar paling ramai bagi setiap kelas adalah 40 orang yang dianggap masih memadai.

Bagaimanapun, jumlah paling bersesuaian untuk mendidik murid dengan lebih berkesan adalah pada kadar 25 hingga 30 murid bagi seorang guru.

“Sekiranya jumlah murid melebihi 40 orang setiap kelas, kami berharap kementerian mempercepatkan proses penambahan guru bagi mengurangkan beban serta memudahkan proses pembelajaran murid,” katanya. – Bernama
loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPM disaran letak harga siling untuk Yuran PIBG - PIBGN

Sekianlah artikel KPM disaran letak harga siling untuk Yuran PIBG - PIBGN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM disaran letak harga siling untuk Yuran PIBG - PIBGN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/01/kpm-disaran-letak-harga-siling-untuk.html

Subscribe to receive free email updates: