"Surat sakit mak mungkin jadi alas kaki Menteri, KPM, JPN & PPD..."

"Surat sakit mak mungkin jadi alas kaki Menteri, KPM, JPN & PPD..." - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Surat sakit mak mungkin jadi alas kaki Menteri, KPM, JPN & PPD...", kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Surat sakit mak mungkin jadi alas kaki Menteri, KPM, JPN & PPD..."
link : "Surat sakit mak mungkin jadi alas kaki Menteri, KPM, JPN & PPD..."

Baca juga


"Surat sakit mak mungkin jadi alas kaki Menteri, KPM, JPN & PPD..."


KUALA LUMPUR 4 Jan. - "Sekarang baru tempuhi satu perjalanan bot. Hilux dan dua penerbangan lagi menyusul untuk sampai ke Kedah. Mungkin esok malam (malam ini) baru sampai Kodiang. Hanya mampu meratapi batu nisan waktu itu..."

Remuk hati seorang anak apabila tuntutan kerja membuatkan dia tidak dapat menatap wajah ibunya buat kali terakhir.
Seorang guru, Afif Zulfathi Jaafar, 28, yang kini bertugas di kawasan pedalaman di Nanga Telawan, Belaga, Sarawak terpaksa menempuh perjalanan kira-kira sehari untuk sampai ke kampung halamannya di Kodiang, Kedah.

Sedihnya, jenazah ibunya, Zainab Hashim telah selamat dikebumikan pagi ini.

Luahan hati Afif tular dalam media sosial malam tadi dan yang paling menarik perhatian adalah pengakuan bahawa sejak 2016 lagi dia telah meminta untuk ditukarkan ke sekolah yang berhampiran dengan kampung halamannya tetapi ditolak.

“Dah lama mak aku sakit. Bermula 2016 aku bersungguh-sungguh mohon pindah nak duduk dekat mak dan berbakti pada mak. Rayuan demi rayuan, penuh dilampirkan surat sakit mak tapi mungkin dijadikan alas kaki pihak Menteri (Pendidikan), Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendididkan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” luahnya di Facebook, semalam.

Menurut Afif lagi, berita pemergian ibunya juga terpaksa disampaikan rakan guru dari sekolah lain yang datang menggunakan perahu kerana di sekolahnya langsung tiada talian telefon dan bekalan elektrik.

Utusan Malaysia berusaha mendapatkan abang ipar Afif, Dr. Saadan Man yang mengesahkan perkara tersebut. Menurut Saadan, Afif sudah tiga tahun ditempatkan di Nanga Telawan, sebuah kawasan pedalaman kategori P3.

Lebih memilukan, Afif baru sahaja pulang ke Nanga Telawan pada 1 Januari lalu untuk memulakan sesi persekolahan tahun ini.

Sumber - UTUSAN ONLINE


loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel "Surat sakit mak mungkin jadi alas kaki Menteri, KPM, JPN & PPD..."

Sekianlah artikel "Surat sakit mak mungkin jadi alas kaki Menteri, KPM, JPN & PPD..." kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "Surat sakit mak mungkin jadi alas kaki Menteri, KPM, JPN & PPD..." dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/01/surat-sakit-mak-mungkin-jadi-alas-kaki.html

Subscribe to receive free email updates: