link : Murid kritikal jatuh tingkat empat bangunan sekolah
Murid kritikal jatuh tingkat empat bangunan sekolah
Imej via Utusan |
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi, murid berusia 17 tahun yang masih tidak sedarkan diri itu turut patah kedua-dua belah paha, tulang di bahagian tengkuk dan luka pada bahagian dahi.
Menurutnya, murid berkenaan memerlukan alat bantuan pernafasan dan masih dirawat di Zon Merah hospital tersebut.
“Memandangkan keadaannya masih kritikal, pasukan pakar-pakar yang merawat masih berusaha untuk menstabilkan keadaan murid itu sebelum meneruskan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini hari ini.
Setakat ini, belum dipastikan bagaimana murid tingkatan lima itu terjatuh, namun difahamkan terdapat sebuah kerusi ditemukan berhampiran tingkat empat bangunan berkenaan iaitu lokasi dipercayai dia terjatuh.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun enggan mengulas lanjut.
Dalam pada itu, seorang lelaki dipercayai bapa mangsa yang ditemui pemberita di pekarangan HSB juga enggan ditemubual.
Sumber - UTUSAN ONLINE
loading...
Demikianlah Artikel Murid kritikal jatuh tingkat empat bangunan sekolah
Sekianlah artikel Murid kritikal jatuh tingkat empat bangunan sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Murid kritikal jatuh tingkat empat bangunan sekolah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/01/murid-kritikal-jatuh-tingkat-empat.html