link : Yuran PIBG tidak sepatutnya menjadi isu, dipertikai
Yuran PIBG tidak sepatutnya menjadi isu, dipertikai
Gambar hiasan via SMKSIS |
Beliau yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan berkata, jumlah bayaran yuran PIBG yang ditetapkan adalah persetujuan bersama di antara ibu bapa dan guru.
"Harapan saya ialah kalau boleh ibu bapa juga hadir dalam mesyuarat PIBG untuk bersama-sama memberi pandangan. Malah, dalam mesyuarat PIBG boleh untuk mengurangkan yuran PIBG sekali pun. Maka dengan itu segala masalah berkaitan tentang jumlah bayaran yuran dan sebagainya boleh dibincangkan secara bersama...itu adalah lebih baik," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra mengedarkan kalender 2019 kepada orang ramai di Pasar Tani Ampangan di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai rungutan sesetengah ibu bapa tentang yuran PIBG sekolah yang dikatakan membebankan mereka (ibu bapa).
Katanya, kebiasaannya yuran PIBG dikenakan untuk satu keluarga, satu yuran, tetapi ada juga PIBG mengenakan yuran tersebut mengikut bilangan anak yang bersekolah.
Bagaimana pun, katanya ini bergantung kepada persetujuan dalam mesyuarat PIBG berkenaan. - Bernama
loading...
Demikianlah Artikel Yuran PIBG tidak sepatutnya menjadi isu, dipertikai
Sekianlah artikel Yuran PIBG tidak sepatutnya menjadi isu, dipertikai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Yuran PIBG tidak sepatutnya menjadi isu, dipertikai dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/01/yuran-pibg-tidak-sepatutnya-menjadi-isu.html