Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran
link : Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Baca juga


Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Berikut adalah beberapa istilah-istilah jenis guru yang baru dilantik dan yang ada di dalam negara ini yang dikongsikan oleh blog Cikguayudotmy.
Guru Sandaran Terlatih (GST)

Guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar.

Semua guru yang baru posting akan dikenali sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) dan pemegang ijazah akan dikelompokkan ke dalam gred DC41.

Setelah lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran dan disahkan penjawatan, jawatan GST akan dimansuhkan dan akan digantikan dengan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) untuk gred DG41.

GST bukan sahaja ditawarkan di sekolah. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon di mana-mana politeknik di Malaysia.
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)

Istilah ini digunakan buat individu yang tidak mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam bidang perguruan namun berminat dan memohon untuk menjadi guru.

Kebiasaannya mereka ini akan bertugas sebagai guru ganti yang akan memenuhi kekurangan guru di sesebuah sekolah; tertakluk kepada kontrak dan jangka masa tertentu tetapi boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa sahaja. Contoh GSTT ialah Guru Ganti.
Guru Interim

Status guru interim bermaksud mereka layak menikmati segala ganjaran kewangan dan faedah sampingan sepertimana penjawat awam yang lain, kecuali status perkhidmatan secara tetap. Tempoh interim tidak akan diambil kira sebagai perkhidmatan tetap, termasuk senioriti dan hitungan sagu hati persaraan (gratiuiti).

Tarikh lantikan tetap akan tertakluk kepada keputusan temu duga SPP, sama ada mulai tarikh temu duga, atau diundur sehingga sama dengan tarikh penempatan secara interim.
Guru Ganti

Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek. Bagi mengatasi kekosongan sementara ini, guru ganti yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak memiliki latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak. Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurang-kurangnya 28 hari.

Kekosongan sementara yang wujud apabila guru berkursus jangka pendek tidak dapat diisi oleh guru ganti.

Sumber: Cikgu Ayu dot My

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran

Sekianlah artikel Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Beza Istilah Guru Ganti, Guru Interim, dan Guru Sandaran dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/02/apa-beza-istilah-guru-ganti-guru.html

Subscribe to receive free email updates: