link : Peruntukan sekolah Cina dianggap "penghalang" perpaduan - Prof Teo Kok Seong
Peruntukan sekolah Cina dianggap "penghalang" perpaduan - Prof Teo Kok Seong
Profesor Teo Kok Seong |
“90% lepasan pelajar sekolah Cina masih tidak fasih berbahasa Melayu, mereka tidak bergaul rapat dengan bangsa lain seolah-olah berada dalam dunia sendiri – satu koloni Cina di Malaysia – sedangkan mereka tidak lagi dianggap pendatang.
“Apabila peruntukan tambahan diberikan kepada sekolah Cina, proses pembentukan negara dilihat terbantut, ia seperti penghalang kepada perpaduan,” katanya kepada FMT.
“Kaum minoriti seperti orang India atau etnik lain tidak mempunyai kuasa ekonomi seperti kaum Cina.
“Ramai mereka adalah ‘tauke’ yang mampu menjadikan sekolah Cina sama hebat seperti universiti awam. Mungkin ada peruntukan yang wajar diberikan, tetapi kerajaan perlu lebih berhati-hati dalam usaha meraih orang sokongan Melayu,” kata Teo.
Dalam pada itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa pula menganggap peruntukan yang diberikan kerajaan tidak sepadan dengan keadaan sebenar sekolah di negara ini.
“Orang Melayu marah bukan kerana perkauman, tetapi apabila peruntukan diberikan kepada sekolah Cina, sekolah kebangsaan dirasakan semakin ketinggalan,” katanya.
Pada awal Januari lepas, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mempersoalkan pemberian dana khas kepada Kolej Universiti New Era kerana kerajaan tidak pernah menyatakan sebarang pemberian bantuan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu dalam Belanjawan 2019.
Kementerian Pendidikan bagaimanapun menafikan ia ada kaitan dengan dana khas yang diberikan itu, dan sebaliknya berkata, peruntukan tersebut bukan sebahagian daripada wang RM652 juta yang diperuntukkan dalam bajet negara, sebaliknya diberikan secara langusng oleh Kementerian Kewangan.
“Sebaliknya ia adalah dana khas yang disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan kepada sekolah terlibat,” katanya.
“Dalam kes yang dipertikaikan oleh beberapa pihak, peruntukan penyelenggaraan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) yang diumumkan oleh timbalan menteri pendidikan kebelakangan ini adalah peruntukan yang diluluskan untuk 2018, bukannya peruntukan 2019.
“Memandangkan peruntukan tersebut adalah peruntukan 2018, maka KPM perlu menyalurkan peruntukan tersebut ke Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) masing-masing sebelum penutupan akaun tahun 2018,” katanya.
Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak RM527 juta diperuntukkan kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan agama (RM250 juta); sekolah jenis kebangsaan Cina (RM50 juta); sekolah jenis kebangsaan Tamil (RM50 juta); sekolah berasrama penuh (RM50 juta); sekolah agama bantuan kerajaan (RM50 juta); sekolah mubaligh (RM50 juta); sekolah menengah jenis kebangsaan/conforming school (RM15 juta) dan sekolah menengah persendirian Cina (RM12 juta).
“Manakala baki sebanyak RM125 juta diperuntukkan kepada Maktab Rendah Sains MARA (RM50 juta); sekolah tahfiz (RM50 juta) dan sekolah pondok yang berdaftar (RM25 juta)” kata KPM.
Sumber: Free Malaysia Today
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Peruntukan sekolah Cina dianggap "penghalang" perpaduan - Prof Teo Kok Seong
Sekianlah artikel Peruntukan sekolah Cina dianggap "penghalang" perpaduan - Prof Teo Kok Seong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peruntukan sekolah Cina dianggap "penghalang" perpaduan - Prof Teo Kok Seong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/02/peruntukan-sekolah-cina-dianggap.html