Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP

Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP
link : Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP

Baca juga


Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) mendedahkan guru rajin di sekolah merupakan antara mereka yang berdepan dengan tekanan kerja tinggi.
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata, ini kerana berlaku pengagihan tugas berdasarkan kepada usaha yang ditampilkan antara guru.

"Biasanya di sekolah akan ada guru yang rajin disebabkan itu banyak tugas-tugas dibebankan kepada mereka. Sebenarnya mereka ini antara yang berdepan masalah tekanan.

"Sekarang ini, apa yang penting di sekolah adalah kebijaksanaan pengetua dan guru besar dalam mengagihkan tugas. Dengan kata lain, menjadi tugas pengetua dan guru besar untuk menapis arahan yang diterima dan mengurankan beban guru," katanya kepada Sinar Harian.
Kelmarin, CUEPACS mendedahkan lebih 400,000 penjawat awam tertekan dengan kerja sehingga mengalami tekanan jiwa bahkan ada yang diberikan kad psikiatri.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, 25 hingga 30 peratus daripada 1.67 juta penjawat awam mengalami tekanan dan trend tersebut tidak menunjukkan sebarang pengurangan sejak beberapa tahun lepas.

Menurutnya, isu kos sara hidup dan tekanan semasa bekerja dilihat antara faktor utama menyebabkan penjawat awam terus dibelenggu tekanan.

Mengulas lanjut, Kamorazaman mendesak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), pengetua dan guru besar mengurangkan tekanan kerja guru-guru di sekolah.

Jelasnya, walaupun pelbagai usaha daripada Kementerian Pendidikan dilaksanakan termasuk sembilan inisiatif yang diperkenalkan oleh Menterinya, Dr Maszlee Malik, namun ia seolah-olah tidak sampai ke peringkat bawah.

"Inisiatif yang diperkenalkan oleh KPM sebenarnya telah mengurangkan tugas guru tetapi pengetua dan guru besar seperti tidak percaya kepada punca kuasa yang diberikan selain berfikir cara lama.

"Jika diikutkan, kita telah selesaikan masalah tekanan kerja guru seperti tugas sampingan seperti fail buku teks yang tidak perlu terlalu terperinci seperti sebelum ini. Jika dahulu ada sembilan, sekarang cuma dua sahaja. Begitu juga dengan fail panitia yang digabungkan daripada enam menjadi satu," katanya.
Beliau berharap pengetua dan guru besar tidak mengganggu tugas pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan tugas-tugas sampingan.

"Kita perlu fokus kepada tugas mendidik pelajar di sekolah dan ini perkara yang ditekankan oleh Maszlee. Kerja-kerja dokumentasi dan rekod berkaitan murid tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu tekanan lebih tinggi tetapi banyak yang telah diselesaikan.

"Sekarang ii pun memang ada beban kerja yang belum dapat diselesaikan seperti murid ramai dalam satu kelas kerana melibatkan kewangan. Semua tugas kementerian untuk mengubah nisbah murid kepada gurunya," katanya.

Sumber: Sinar Harian
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP

Sekianlah artikel Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru rajin di sekolah alami tekanan dakwa NUTP dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/03/guru-rajin-di-sekolah-alami-tekanan.html

Subscribe to receive free email updates: