10 cadangan aktiviti/permainan dalaman (indoor) ketika perjumpaan pengakap

10 cadangan aktiviti/permainan dalaman (indoor) ketika perjumpaan pengakap - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 cadangan aktiviti/permainan dalaman (indoor) ketika perjumpaan pengakap, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 cadangan aktiviti/permainan dalaman (indoor) ketika perjumpaan pengakap
link : 10 cadangan aktiviti/permainan dalaman (indoor) ketika perjumpaan pengakap

Baca juga


10 cadangan aktiviti/permainan dalaman (indoor) ketika perjumpaan pengakap


Aktiviti atau permainan yang menarik hendaklah diadakan dalam setiap perjumpaan atau perkhemahan Pengakap. Dengan ini barulah Pengakap dapat bersukaria serta menambahkan kecekapan dan pengetahuan mereka dalam aktiviti-aktiviti itu.

Jangan adakan aktiviti yang serupa setiap kali perjumpaan kerana ini akan membosankan Pengakap apabila diulang selalu.

Sekiranya aktiviti itu memerlukan alatan, eloklah disediakan sebelum sesuatu perjumpaan atau perkhemahan. Keselamatan Pengakap adalah penting dalam setiap aktiviti dan pastikan mereka mematuhi seluruh peraturan yang ditetapkan dalam sesuatu aktiviti itu.

Kami kongsikan di sini aktiviti indoor (dalaman) untuk perjumpaan pengakap.
AKTIVITI DALAMAN (Indoor games)


Diadakan di dalam bilik yang sesuai seperti Rumah Pengakap (Scout Den)

1. Lakonan Bisu
Video hiasan

Alatan: kertas (tuliskan berbagai pekerjaan atau sesuatu gera kerja yang perlu dilakukan oleh Pengakap)

Satu patrol menghantar seorang wakil dan dia dikehendaki mencabut satu kertas. Setelah membaca kandungannya, dia hendaklah beraksi di hadapan patrolnya dan mereka cuba meneka lakonan yang dipamerkan.

2. Simpulan
Alatan: tali, bangku.

Pengakap dikehendaki membuat simpulan yang ditetapkan. Misalnya, ketua patrol memulakan simpulan dengan Simpul Belit di bangku, kemudian disambung dengan Buku Sila, Bunga Geti, Bunga Geti Berganda, Simpul Pengail, Simpul Lapan Berganda dan diakhiri dengan Simpul Tindih Kasih.

Aktiviti ini boleh diubah suai mengikut kreativiti/kebolehan masing-masing.

Pengakap disuruh menutup mata mereka dengan skaf dan apabila satu nama simpulan diberi, mereka dikehendaki membuatnya dengan pantas dan apabila sudah siap, angkat tangan dan tunjukkan simpulan tersebut. Markah diberikan kepada yang betul.

3. Permainan Kim


Deria Lihat

Alatan: pensil, paku, pemadam, duit syiling, pku paying, pin, mancis, pen, kertas, batu, pisau dll. (sediakan lebih kurang 30 jenis)

Letakkan objek-objek tersebut di atas meja dan tutup dengan kain atau kertas surat khabar.

Setiap patrol diberi masa 3 minit untuk memerhati objek-objek yang diberi (masa boleh disesuaikan) dan bila sampai masa, patrol itu perlu berbincang dan Ketua Patrol perlu menyenaraikan objek yang dilihat.

Cara lain ialah dengan mengikat 10 jenis objek di tali dan disimpankan ke dalam kotak/karung. Bila Pengakap sudah bersedia, mereka dinasihatkan supaya tidak bercakap. Keluarkan tali itu perlahan-lahan (pastikan Pengakap itu tidak berbincang/bercakap di antara mereka). Selepas 1 atau 2 minit, tali itu dimasukkan semula ke dalam kotak dan Pengakap itu bolehlah berbincang dan menyenaraikan nama objek-objek yang dilihat mengikut susunan yang betul.

Deria Sentuhan

Alatan: pensil, pen, pemadam, lencana, paku, skrew, batu kecil, botol, duit syiling, kotal mancis, penutup botol, tali pendik, getah bulat dll.

Objek-objek tersebut dimasukkan ke dalam karung/beg/kotak dan setiap Pengakap diberi masa 1 minit untuk menyentuh objek-objek tersebut tanpa melihatnya. Setelah semua pengakap dalam patrol tersebut menyentuhnya, mereka dikehendaki berbincang dan ketua menulis senarai nama objek-objek
tersebut.

Deria Pendengaran

Alatan: Pita rakaman (pelbagai bunyi misalnya, bunyi enjin, air dibuka, kayu patah, membuka penutup, laci, pintu, mengheret kerusi, menggoncang dan lain-lain.) 

Jika tidak menggunakan pita rakaman, Pengakap boleh membuat bunyi-bunyian yang dibuat di luar bilik. Mainkan pita rakaman untuk didengari oleh Pengakap. Selepas semua bunyi itu dimainkan, mereka boleh berbincang dan menyenaraikan bunyi-bunyian yang telah didengarinya tadi.

Deria Bau

Alatan: Minyak wangi, minyak angin, halia, cuka, kopi, bawang, ubat gigi, minyak rambut dan sebagainya.

Pengakap dikehendaki menutup matanya dengan skaf dan menghidu objek-objek itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menulis jawapannya.

Deria Rasa

Alatan: Kunyit, garam, gula, lada, bunga cengkih, cili dsb.

Pengakap dikehendaki merasa dengan lidah bahan-bahan/serbuk yang disediakan itu bergilir-gilir. Kemudian mereka bolehlah berbincang dan menuliskan jawapannya.

4. `Baloo’ di mana kamu


Alatan: Senaskah surat khabar yang diikat dan digulung.

Pengakap membuat satu bulatan dan duduk. Dua orang dipilih; seorang dipanggil ‘Baloo’ (beruang) dan seorang lagi bergelar ‘Mowgli’. Mowgli diberikan surat khabar yang bergulung untuk dijadikan sebagai pemukul dan matanya ditutup dengan skaf. Baloo dikehendaki berdiri di mana-mana dalam bulatan tersebut tanpa pengetahuan Mowgli. Mowgli hanya diberi peluang sebanyak 3 kali untuk bertanya “Baloo, di mana kamu?” dan boleh memukul dengan gulungan surat khabar itu sebanyak 3 kali sahaja. Baloo hanya menjawab “di sini” setiap kali mendengar pertanyaan Mowgli. Baloo boleh mengelak pukulan Mowgli tetapi tidak boleh bergerak dari tempatnya.

5. Kiri – kanan
Video hiasan
Alatan: Topi dan skaf Pengakap

Pengakap berdiri dalam bulatan (atau duduk) dengan rapat. Bila terdengar arahan “Kiri”, mereka akan merebut topi/skaf pengakap yang duduk/berdiri disebelah kiri mereka. “Kiri - Kanan” boleh digantikan dengan perkataan lain seperti Kiri – Perak; Kanan – Perlis dan perkataan-perkataan boleh ditambah untuk mengelirukan Pengakap yang mengambil bahagian.

6.  Melukis gadjet/projek perintis
Video hiasan
Pengakap disuruh melukis gadget-gadget yang terdapat dalam satu perkhemahan ke dalam buku log mereka. Selain daripada melukis gadget, mereka boleh melukis projek-projek perintis (pioneering) seperti menara, jambatan, pintu gerbang dll.

7. Membaca peta
Video hiasan
Alatan: Peta Topo dan kompas.

Setiap patrol diberi peta yang serupa (lebih elok setiap Pengakap diberi setiap seorang) dan mereka diberi beberapa soalan (tugasan), misalnya: mencari grid beberapa tempat (sekolah, masjid, balai polis dll), memberi grid kedudukan (RG) tempat itu untuk dicari dan ditandakan nama tempat tersebut, beri bering dari satu tempat ke satu tempat, menamakan kawasan jenis tumbuhan yang terdapat, sumber ekonomi, pekerjaan penduduk setempat, tanaman utama di sesuatu kawasan dsb.

8. Ilmu Pengakap
Video hiasan
Sediakan beberapa soalan mengenai Pengetahuan Am Pengakap, misalnya, sejarah Pengakap, simpulan dan ikatan dll. Soalan berbentuk subjektif atau objektif boleh disediakan. Selepas menjawab semua soalan itu, Pengakap menukarkan kertas jawapan dan memeriksa jawapan bila pemimpin memberikan jawapan yang betul bagi soalan itu.

9. Kepala dan Ekor
Video hiasan
Setiap pasukan berbaris mengikut barisan masing-masing di hadapan pemimpin. Apabila pemimpin menyebut `kepala’, Pengakap yang di hadapan tidak bergerak tetapi kawan-kawan yang lain dalam barisan masing-masing akan berlari ke hadapan sambil berpusing mengelilingi Pengakap yang di hadapan tadi, dan balik semula ke tempat masing-masing.

Begitu juga apabila pemimpin menyebut `ekor’, Pengakap di belakang sekali tidak bergerak, tetapi kawan-kawaan yang lain dalam pasukan akan berlari ke belakang sambil berpusing mengelilingi Pengakap yang di belakang tadi dan balik ke tempat masing-masing. Mana-mana pasukan yang pertama sampai serta berbaris dengan lurus, akan diisytiharkan sebagai pemenang. Permainan ini boleh diteruskan dengan menukar kedudukan setiap ahli dalam barisan itu sehingga tamat permainan.

10. Harta Tersembunyi
Video hiasan
Ahli Pengakap disuruh keluar mencari beberapa objek/benda yang telah ditentukan oleh pemimpin seperti daun, rumput-rampai, buah-buahan dll. Pasukan yang pertama dapat menyerahkan tugasan kepada pemimpin dianggap pemenang.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 10 cadangan aktiviti/permainan dalaman (indoor) ketika perjumpaan pengakap

Sekianlah artikel 10 cadangan aktiviti/permainan dalaman (indoor) ketika perjumpaan pengakap kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 cadangan aktiviti/permainan dalaman (indoor) ketika perjumpaan pengakap dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/10-cadangan-aktivitipermainan-dalaman.html

Subscribe to receive free email updates: