Cikgu Chan ikon jawi sekolah

Cikgu Chan ikon jawi sekolah - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cikgu Chan ikon jawi sekolah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cikgu Chan ikon jawi sekolah
link : Cikgu Chan ikon jawi sekolah

Baca juga


Cikgu Chan ikon jawi sekolah

KOTA BHARU 20 April - Pandai membaca dan menulis jawi adalah satu kemahiran yang tidak dimiliki ramai orang pada zaman ini, apatah lagi di kalangan yang bukan berbangsa Melayu.
Bagi warga pendidik, Chan Seew Eng, 53, yang berasal dari Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, beliau sangat berterima kasih kepada dua guru pendidikan agama semasa bersekolah rendah dan menengah yang gigih mengajarnya sehingga dapat membaca dan menulis jawi.

Seew Eng yang berkhidmat sebagai guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail (2) di sini berkata, kemahiran yang dimiliki itu membantunya semasa belajar di Institut Bahasa Lembah Pantai sehingga menjadi rujukan pelajar lain termasuk pelajar Melayu.
Chan Seew Eng, 53

“Saya belajar jawi dan agama Islam bermula dari sekolah rendah hingga menengah, saya malas hendak keluar kelas waktu subjek ini jadi lebih baik saya duduk belajar bersama rakan lain.

“Saya ingat lagi dua ustaz yang mengajar saya iaitu arwah Ustaz Abdul Rauf semasa di SK Pulau Gajah dan Ustaz Abdul Wahab di Sekolah Menengah Pengkalan Chepa, kalau silap tulis dalam kelas saya akan turut kena denda ketuk kepala sama seperti pelajar lain,” katanya.

Seew Eng ditemui Utusan Online selepas Kursus Pemantapan Kaedah Pengajaran Jawi Guru-guru Pendidikan Islam (GPI) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) anjuran SK Sultan Ismail (2) di sekolah itu di sini hari ini.

Dalam program itu, lebih 50 guru dan murid didedahkan dengan kaedah pengajaran jawi melalui teknik BDN iaitu baca dengan nombor yang telah disampaikan oleh penerima Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah negeri Perak 2017, Wan Mohd Azhar Wan Mahamod.
Sementara itu, Seew Eng berkata, semasa belajar di sekolah menengah dahulu, dia menulis nota subjek agama Islam dalam tulisan jawi dan berjaya mendapat gred C4 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Sehingga hari ini saya masih lagi boleh membaca dan menulis jawi walaupun lama telah ditinggalkan.

“Pada pandangan saya, orang Melayu khususnya perlu mempunyai kemahiran membaca dan menulis jawi kerana ia sangat penting, asas untuk belajar al-Quran bermula dari jawi,” katanya.
Mohammad Fadzil Mat
Sementara itu, Guru Besar SK Sultan Ismail (2), Mohammad Fadzil Mat berkata, beliau baru sahaja mengetahui kebolehan yang dimiliki orang kanannya tersebut yang lebih mesra dipanggil Cikgu Chan.

“Cikgu Chan turut mengajar subjek Bahasa Melayu di sini, saya sebenarnya baru saja tahu dia pandai jawi, semasa program ini berjalan Cikgu Chan sedang mundar mandir di luar kelas kerana memantau kerja-kerja menaiktaraf gelanggang badminton.

“Tetapi kerana minatnya kepada jawi, dia beberapa kali menjenguk masuk melihat bengkel yang kita buat ini, selepas ini kita rancang jadikan Cikgu Chan sebagai ikon jawi sekolah supaya dapat menjadi motivasi kepada murid-murid lain,”katanya.

Sumber - UTUSAN ONLINE
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Cikgu Chan ikon jawi sekolah

Sekianlah artikel Cikgu Chan ikon jawi sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cikgu Chan ikon jawi sekolah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/cikgu-chan-ikon-jawi-sekolah.html

Subscribe to receive free email updates: