Memahami konsep perjawatan Hakiki dan KUP (Khas Untuk Penyandang)

Memahami konsep perjawatan Hakiki dan KUP (Khas Untuk Penyandang) - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Memahami konsep perjawatan Hakiki dan KUP (Khas Untuk Penyandang), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Memahami konsep perjawatan Hakiki dan KUP (Khas Untuk Penyandang)
link : Memahami konsep perjawatan Hakiki dan KUP (Khas Untuk Penyandang)

Baca juga


Memahami konsep perjawatan Hakiki dan KUP (Khas Untuk Penyandang)

Walaupun sedang menjawat jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) namun masih ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya jawatan tersebut dan apakah perbezaan dengan jawatan hakiki.
Bagi menjelaskan pengertian KUP ini boleh kita ibaratkan jawatan hakiki sebagai kerusi dan penjawat jawatan tersebut adalah seseorang yang dilantik secara hakiki selaras dengan gred kerusi tersebut.

Contohnya kerusi DG34 seperti guru besar sekolah gred B dijawat oleh pegawai DG34 dan ia adalah jawatan hakiki yang dijawat oleh penjawat hakiki.

Jika guru besar tadi telah tamat pengajian peringkat ijazah dan dilantik ke jawatan DG41, maka sekiranya beliau masih kekal di jawatannya tadi maka ia dinamakan sebagai DG41(KUP). Ini kerana kerusi jawatan guru besar yang disandangnya adalah khusus untuk DG34 tetapi beliau masih menduduki kerusi tersebut walaupun gred jawatannya kini adalah DG41.
Begitu juga jawatan kenaikan pangkat time-based seperti DG32 dan DG44 bagi mereka yang telah layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan seperti guru-guru penolong biasa.

Apabila seseorang guru dinaikkan pangkat secara time-based, dan mereka tidak pula dilantik sebagai pentadbir seperti guru penolong kanan atau guru besar sebaliknya tetap menjalankan tugas guru biasa.

Ini bermakna kerusi yang mereka duduki adalah kerusi yang sepatutnya untuk gred DG29/41 tetapi mereka mendudukinya kerana kenaikkan pangkat mereka adalah berdasarkan time-based. 

Rata-rata penolong kanan di sekolah rendah adalah ber KUP DG44 begitu juga dengan guru besar yang ber KUP DG41 dan ke atas malah sudah ada yang mencecah KUP DG48.

Apa yang membezakan KUP DG48 di sekolah rendah dan di sekolah menengah adalah jumlah elaun yang diterima. Di sekolah rendah, oleh kerana perjawatan hakiki pentabiran adalah DG32 untuk PK dan DG34 untuk Guru Besar, maka elaun yang diterima adalah berdasarkan gred hakiki jawatan tersebut iaitu RM30 dan RM60 berbeza dengan jawatan hakiki di sekolah menengah DG48 nya yang mencecah RM300.

Oleh yang demikian, saranan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Dato Amin Senin wajarlah diambil berat oleh JPA bagi mengangkat martabat dan profesion keguruan terutama pentadbir di sekolah rendah.

Kesimpulannya jawatan KUP adalah apabila seseorang yang bergred jawatan lebih tinggi menduduki jawatan yang sepatutnya disandang oleh penjawat hakiki yang grednya lebih rendah. Ia adalah keadaan di mana seseorang penjawat awam dapat menikmati kenaikkan gred tanpa meninggalkan jawatan asal.

Bermula pada tahun 2014, guru-guru PPLD yang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah, akan bermula dengan Gred DG42 dan bukan lagi DG41.

Untuk memahami laluan guru-guru Hakiki dan KUP, tuan-tuan boleh muat naik dokumen di bawah:

Muat Turun : TAKLIMAT MENGENAI LALUAN KERJAYA PPPS DAN PPPLD DI KPM

jobs from my.neuvoo.com
new innity_adZone("c5b270a763686e776039618cc709f3a6", "57807", {"origin": "MY", "width": "468", "height": "60"});
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Memahami konsep perjawatan Hakiki dan KUP (Khas Untuk Penyandang)

Sekianlah artikel Memahami konsep perjawatan Hakiki dan KUP (Khas Untuk Penyandang) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Memahami konsep perjawatan Hakiki dan KUP (Khas Untuk Penyandang) dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/memahami-konsep-perjawatan-hakiki-dan.html

Subscribe to receive free email updates: