Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa
link : Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Baca juga


Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Nor Farhatul, pelajar SMAP Labu muncul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa
Nor Farhatul Fairuzah Panut, pelajar Tingkatan Enam dalam bidang syariah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu, Negeri Sembilan, muncul johan Kategori Tilawah (Wanita) pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61, malam tadi.

Qariah berusia 19 tahun itu memperoleh 87.05 peratus markah. Selaku johan beliau menerima hadiah kepingan emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan.

Dipetik BH Online, Nor Farhatul Fairuzah berkata, ibunya, Jaliah Simin, 63, pernah menyatakan keinginan menunaikan umrah, justeru beliau mahu merealisasikan hasrat berkenaan sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanan orang tua.

“Ibu pernah menunaikan umrah tetapi kali ini, saya mahu membawanya menggunakan wang kemenangan malam ini (tadi). Beliau adalah insan banyak menyokong selain arwah ayah, Panut Markom yang meninggal dunia pada 2017.

“Selain itu, saya mahu menyimpan hadiah kemenangan untuk kegunaan melanjutkan pengajian pada masa depan,” kata beliau.

Bagi menghadapi pertandingan itu, Nor Farhatul Fairuzah yang juga anak bongsu daripada lima beradik berkata, beliau banyak melakukan latihan, terutama selepas setiap solat fardu.

“Saya mengamalkan membaca al-Quran selama 15 minit selepas solat, waktu paling sesuai selepas sembahyang subuh untuk ‘memecahkan suara’.

“Saya juga tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara,” katanya.
Qari Malaysia, Abdul Khair Jalil, 40, mengungguli Kategori Tilawah (Lelaki).

Seramai 74 peserta dari 41 negara mengambil bahagian dalam majlis tilawah kali ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan tahniah atas kejayaan Nor Farhatul Fairuzah Panut.

Sumber foto: kosmo.com.my
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa

Sekianlah artikel Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar SMAP Labu, Nur Farhatul johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/pelajar-smap-labu-nur-farhatul-johan.html

Subscribe to receive free email updates: