Pencerahan isu pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR)

Pencerahan isu pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pencerahan isu pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pencerahan isu pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR)
link : Pencerahan isu pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR)

Baca juga


Pencerahan isu pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR)


Tolong kongsikan maklumat ini, boleh?

SOAL JAWAB ISU GCR - GANTIAN CUTI REHAT
----------------------------------------------------------
GANTIAN CUTI REHAT
----------------------------------------------------------


Soalan:

Bagi tujuan pengiraan GCR pegawai yang akan bersara, adakah masih menggunakan formula mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2003, perenggan 6 iaitu sehingga 31 Disember 2002 cuti rehat yang boleh diambil kira untuk GCR setakat 90 hari sahaja, 120 hari mulai 1 Ogos 2003 dan 150 hari mulai 1 Januari 2009 (Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2008).

Jawapan:

Ya, dalam tujuan pengiraan GCR, formula pengumpulan GCR diambil kira terhad setakat 90 hari sehingga 31 Disember 2002 mengikut PP Bil.4 Tahun 1993 dan tahun berikutnya boleh mula mengumpul lebih dari jumlah itu sehingga 31 Disember 2008 diambil kira terhad pengumpulan GCR sebanyak 120 hari mengikut PP Bil.7 Tahun 2003. Selepas itu pegawai boleh mengumpul GCR sehingga 150 hari mengikut PP Bil.18 Tahun 2008.

____________________________________________


Soalan:

Menurut penjelasan daripada seorang pegawai di jabatan saya, baki cuti rehat yang dikumpul melebihi 90 hari dan 120 hari untuk tujuan GCR pada tahun-tahun berkenaan boleh diambil kira sebagai cuti rehat dan cuti rehat khas. Sehubungan dengan itu, mohon penjelasan tuan, adakah cuti rehat yang dikumpul untuk GCR dan melebihi 90 hari pada tahun 2002 dan baki cuti melebih 120 hari tersebut boleh juga diambil kira sebagai cuti rehat dan cuti rehat khas mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017.


Jawapan:

Tidak boleh kerana pengumpulan GCR melebihi kadar 90 hari pada tahun 2002 dan 120 hari pada tahun 2008 tidak boleh diambil kira untuk kegunaan kemudahan SPP Bil.2 Tahun 2017. Pohon pihak jabatan puan memahami dengan lebih lanjut dan tarikh kuatkuasa surat pekeliling berkenaan.

__________________________________________


Soalan:

Seandainya dalam tempoh perkhidmatan pegawai, terdapat tahun di mana pegawai telah terlebih mengambil cuti rehat (contohnya terlebih 6 hari) dan daripada semakan yang dibuat tiada tindakan bayaran balik emolumen dibuat pada tahun berkenaan. Mohon pandangan tuan, adakah tempoh terlebih cuti rehat yang diambil pada tahun tersebut boleh ditolak daripada GCR yang dikumpul (150 hari) atau boleh ditolak daripada GCR melebihi 150 hari yang boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan pegawai (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017)

Jawapan:

Sekiranya pegawai didapati terlebih ambil cuti rehat pada tahun-tahun sebelumnya, pihak jabatan puan perlu menolak dari jumlah pengumpulan GCR pada tahun tersebut dan selepas itu baru menghadkan pengumpulan GCR kepada kadar 90 hari pada tahun 2002 dan 120 hari pada tahun 2008. Sebelum pegawai layak menggunakan kemudahan dalam SPP Bil.2 Tahun 2017 tersebut, penyemakan samada sekiranya pegawai terlebih ambil cuti itu perlu dilaksanakan dengan menggunakan Sistem Pengiraan GCR seperti dalam SPP tersebut dan jika didapati pengumpulan GCR pegawai melebihi kadar 150 hari maka boleh menggunakan kemudahan dalam SPP tersebut. Sekiranya tidak melebihi 150 hari pengumpulan GCR pada tahun persaraannya maka pegawai tidak layak menggunakan kemudahan SPP tersebut.
________________________________________

Sehubungan dengan itu pada masa akan datang sekiranya pegawai didapati terlebih ambil cuti, pihak jabatan tuan/puan perlu mengambil tindakan memotong emolumen bagi tempoh terlebih ambil cuti rehat / cuti rehat khas pada tahun tersebut mengikut perenggan 14(A)(a) Perintah Am Bab C.

________________________________________

Harap dengan penjelasan ini dapat membantu pihak tuan/puan menguruskan pengumpulan GCR pegawai di bawah jabatan puan dengan lebih teratur dan tepat.

Sebarang pertanyaan mengenai GCR, sila emailkan ke mageshwaran.raja@jpa.gov.my

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Bahagian Pasca Perkhidmatan
JPA

24 Januari 2019
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pencerahan isu pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR)

Sekianlah artikel Pencerahan isu pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pencerahan isu pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR) dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/pencerahan-isu-pembayaran-gantian-cuti.html

Subscribe to receive free email updates: