PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu Genius

PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu Genius - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu Genius, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu Genius
link : PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu Genius

Baca juga


PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu Genius

NILAI: Program Permata Negara (PERMATA) dijenamakan semula dengan diberi nama baharu, Genius, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata, Kabinet membuat keputusan itu untuk menjadikannya lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi.

“Walaupun fungsi dan peranannya sama, ada beberapa program di bawahnya akan dipertingkatkan dari segi kualiti.

“Kabinet membuat keputusan ini untuk penjenamaan semula supaya ia lebih berdaya saing dan bersemangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, di sini, hari ini.

Sementara itu, Maszlee berkata, Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta dilaksanakan secara rintis di SMK Bekok, Segamat, mulai 2017 membabitkan pengambilan 30 murid dan diikuti 24 lagi pada tahun lalu.
Beliau berkata, pelaksanaan program itu di SMK Desa Cempaka menggunakan model rakan strategi dengan pengambilan murid tahfiz swasta daripada Maahad Tahfiz Al-Quran An Najihah, Kampung Jijan, di sini.

“Pendekatan strategik ini akan membawa dimensi baharu dalam arus pendidikan negara bagi memberi ruang murid tahfiz mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara formal yang lebih sistematik di sekolah Kementerian Pendidikan untuk persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Maszlee berkata, kementerian menyambut baik saranan Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, supaya sekolah berusia melebihi 15 tahun perlu melakukan audit keselamatan setiap tahun.

“Ia adalah cadangan yang baik dan kami akan mempertimbangkannya,” katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu Genius

Sekianlah artikel PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu Genius kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERMATA dijenamakan semula dengan nama baharu Genius dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/permata-dijenamakan-semula-dengan-nama.html

Subscribe to receive free email updates: