Guru perlu dinamik, peka pada peredaran zaman - Dr Maszlee

Guru perlu dinamik, peka pada peredaran zaman - Dr Maszlee - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru perlu dinamik, peka pada peredaran zaman - Dr Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru perlu dinamik, peka pada peredaran zaman - Dr Maszlee
link : Guru perlu dinamik, peka pada peredaran zaman - Dr Maszlee

Baca juga


Guru perlu dinamik, peka pada peredaran zaman - Dr Maszlee

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kluang Tahun 2019 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Renggam, Johor pagi tadi. Majlis disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Maszlee Malik. Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, YBrs Azman Adnan.

Bertemakan "Guru: Obor Hemah Menyinari Pertiwi", sambutan diadakan sebagai tanda pengiktirafan atas sumbangan dan jasa warga pendidik ke arah membangunkan modal insan negara.

Dalam ucapan beliau, YB Dr. Maszlee memohon agar guru-guru bersedia melakukan pembaharuan melalui strategi dalam pendidikan secara optimum dan berterusan.

"Justeru, guru-guru mestilah sentiasa dinamik dan progresif untuk melalui proses perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman," kata beliau.

Beliau turut berkata, dalam merangka pendidikan holistik, KPM memberikan penekanan khusus kepada hala tuju mengembalikan cinta ke dalam pendidikan dengan memberi tumpuan kepada tiga nilai dan budaya teras iaitu kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati.

"Saya yakin bahawa guru-guru mampu untuk menterjemahkannya dalam pembelajaran demi melahirkan insan yang mencintai satu sama lain, mencintai masyarakat dan akhirnya mencintai negara", tambah beliau.

"Saya yakin di tangan adiwira-adiwira yang penuh dedikasi inilah letaknya harapan untuk membangunkan modal insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang," kata YB. Dr. Maszlee.

Sempena Sambutan Hari Guru Daerah Kluang tahun ini, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang telah menyampaikan Anugerah Tokoh Kepimpinan Daerah Kluang kepada Tuan Haji Hassan Ahmad, mantan Timbalan Ketua PPD Kluang manakala Puan Hajah Rohani Bakar, mantan Pengetua SMK Simpang Renggam diumumkan sebagai Tokoh Guru Daerah Kluang Tahun 2019.
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru perlu dinamik, peka pada peredaran zaman - Dr Maszlee

Sekianlah artikel Guru perlu dinamik, peka pada peredaran zaman - Dr Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru perlu dinamik, peka pada peredaran zaman - Dr Maszlee dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/guru-perlu-dinamik-peka-pada-peredaran.html

Subscribe to receive free email updates: