PGB perlu nilai semula agihan tugas guru di sekolah - Dr. Amin Senin

PGB perlu nilai semula agihan tugas guru di sekolah - Dr. Amin Senin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PGB perlu nilai semula agihan tugas guru di sekolah - Dr. Amin Senin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PGB perlu nilai semula agihan tugas guru di sekolah - Dr. Amin Senin
link : PGB perlu nilai semula agihan tugas guru di sekolah - Dr. Amin Senin

Baca juga


PGB perlu nilai semula agihan tugas guru di sekolah - Dr. Amin Senin

Dr Amin Senin, KPP Kementerian Pendidikan Malaysia
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan menasihatkan seramai 10,500 pengetua dan guru besar (PGB) di negara ini menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru agar tidak membebankan dan mengganggu tugas hakiki guru.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, daripada kajian yang dilakukan, 25 peratus beban tugas guru dikaitkan dengan cara agihan tugas PGB.

“Sekiranya 25 peratus kerja tambahan ini dapat dikurangkan, maka sudah tentu beban kerja guru akan berkurang.

“Guru tidak harus dibebankan dengan kerja pentadbiran yang di luar daripada tugas hakiki, misalnya jawatankuasa dilantik yang banyak babitkan guru harus dikurangkan," katanya kepada GPS Bestari dalam satu temu bual khas di pejabatnya di sini.

Menurut beliau, memang diakui guru dahulu mengambil tahu semua hal ehwal berkaitan sekolah termasuk aspek pembangunan, tetapi guru sekarang mempunyai tugas yang lebih banyak memandangkan sistem pendidikan tidak lagi berorientasikan peperiksaan tetapi penilaian menyeluruh.
Katanya, pihak Kementerian Pendidikan memberi autonomi kepada sekolah untuk mencari jalan penyelesaian selain langkah berterusan yang diambil oleh kementerian bagi mengurangkan beban tugas guru.

“Sebenarnya tugas guru mempunyai dua kategori iaitu tanggungjawab profesional yang wajib dilakukan seperti buku rekod pengajaran yang mahu tak mahu memang kena buat dan juga tugasan yang berbentuk pentadbiran,” katanya.

Januari lalu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dilaporkan berkata, bebanan tugas golongan pendidik dapat dikurangkan sehingga 25 peratus menerusi pelaksanaan lima inisiatif yang telah dirangka Kementerian Pendidikan bersama Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah.

Katanya, kesemua inisiatif itu berkuat kuasa serta-merta.

Ia merupakan perancangan jangka pendek yang menjadi tumpuan utama Kementerian Pendidikan pada tahun ini.

Sumber: GPS Bestari
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PGB perlu nilai semula agihan tugas guru di sekolah - Dr. Amin Senin

Sekianlah artikel PGB perlu nilai semula agihan tugas guru di sekolah - Dr. Amin Senin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PGB perlu nilai semula agihan tugas guru di sekolah - Dr. Amin Senin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2019/04/pgb-perlu-nilai-semula-agihan-tugas.html

Subscribe to receive free email updates: