link : Akui Banyak Dapat Tawaran, Fouziah Tak Mahu ‘Jual’ Anak
Akui Banyak Dapat Tawaran, Fouziah Tak Mahu ‘Jual’ Anak
PELAKON Fouziah Gous yang kini sedang hamil anak kedua berkata walaupun dia mendapat banyak tawaran membintangi iklan komersil untuk anak sulungnya, Muhammad Zeeshan namun dia mengambil keputusan enggan mendedahkan anaknya dengan bidang tersebut.
Menurut Fouziah lagi, dia mengakui berasa tidak selesa untuk membawa Zeeshan menghadiri mana-mana sesi uji bakat meskipun mendapat banyak tawaran.
“Memang ada tawaran yang mahu Zeeshan terbabit dalam dunia iklan namun kesibukan saya dengan bisnes membataskan masa untuk membawanya menghadiri sesi uji bakat. Saya juga tidak rajin, malah jika ada sesi penggambaran, saya lebih selesa ia dibuat di rumah kerana mudah.
“Saya menghormati keputusan selebriti yang terbuka mendedahkan anak mereka dalam dunia komersil. Saya tiada masalah kerana itu rezeki mereka. Biarlah nanti Zeeshan memilih minatnya sendiri,” katanya memetik BH Online.
Fenomena anak artis dilamar menjadi duta produk semakin berkembang maju, malah ada di antara si comel ini yang sudah pun mempunyai akaun cukai pendapatan sendiri berikutan tawaran lumayan yang diberikan kepada mereka.
Antara anak-anak selebriti yang laris menjadi duta produk adalah seperti Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana dan Yusof Iskandar yang sememangnya mempunyai peminat yang cukup ramai di laman Instagram masing-masing. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Akui Banyak Dapat Tawaran, Fouziah Tak Mahu ‘Jual’ Anak
Anda sekarang membaca artikel Akui Banyak Dapat Tawaran, Fouziah Tak Mahu ‘Jual’ Anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/akui-banyak-dapat-tawaran-fouziah-tak.html