2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka

2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka
link : 2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka

Baca juga


2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka

BESUT – Dua beradik terbunuh dalam perjalanan membeli juadah berbuka puasa apabila motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Raja-Tembila kira-kira 7 malam semalam.

Mangsa, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kris itu ialah Muhammad Hafizuddin Che Mat, 21, penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan adiknya Muhammad Husaini, 17, pelajar tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila, Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata kenderaan pacuan empat roda itu yang dipandu oleh Mohd Azra Ab Rahman, 36, dikatakan dalam perjalanan dari Kampung Raja ke Tembila.

“Ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan itu tiba-tiba mengalami kerosakan hingga menyebabkan ia hilang kawalan lalu merempuh motosikal yang ditunggang dua beradik tersebut.

Katanya, akibat rempuhan itu Muhammad Hafizuddin meninggal dunia di tempat kejadian manakala adiknya Muhammad Husaini dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun mangsa meninggal dunia kira-kira 3.20 pagi ini ketika sedang dirawat di hospital itu.

Mohd Zamri berkata kedua-dua beradik yang berasal dari Kampung Kubang Ikan, Tembila itu difahamkan tidak memakai topi keledar ketika kejadian. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka

Sekianlah artikel 2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 Beradik Maut Dirempuh Ketika Beli Juadah Berbuka dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/2-beradik-maut-dirempuh-ketika-beli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :