Giro D'Italia: Quintana Menang, Rampas Jersi Pendahulu

Giro D'Italia: Quintana Menang, Rampas Jersi Pendahulu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Giro D'Italia: Quintana Menang, Rampas Jersi Pendahulu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Giro D'Italia: Quintana Menang, Rampas Jersi Pendahulu
link : Giro D'Italia: Quintana Menang, Rampas Jersi Pendahulu

Baca juga


Giro D'Italia: Quintana Menang, Rampas Jersi Pendahulu

BLOCKHAUS (Itali): Nairo Quintana mengesahkan penguasaannya dalam Giro d'Italia tahun ini apabila merampas kedudukan pendahulu dengan memenangi peringkat pendakian sukar dari Montenero di Bisaccia, sebentar tadi.

Dalam pada itu, harapan peminat Britain menerima tamparan pada penghujung Peringkat 9 sejauh 149km itu susulan insiden kemalangan membabitkan motosikal pengiring.

Juara bertahan, Vincenzo Nibali juga terkedu apabila gagal memberi cabaran pada pendakian terakhir - sejauh 13.6km menuju ke puncak Blockhaus.

Wakil Team Sky, Geraint Thomas dan wakil Orica-Scott, Adam Yates masing-masing mengalami kemalangan sebelum mendaki apabila sebuah motosikal polis yang diletak di bahu jalan menjadi penyebab kemalangan beramai-ramai itu.

Thomas tampak mengalami kecederaan bahu kanan dan memerlukan beberapa minit untuk menyambung semula kayuhan manakala Yates menamatkan kayuhan 4 minit 38 saat, selepas Quintana melintasi garisan penamat.

Bintang Colombia yang mewakili pasukan Movistar itu mencerahkan peluang untuk menjulang kejuaraan Giro kedua apabila membuat henjutan pemisah pada baki 4.7km, meninggalkan pencabar dari Perancis, Thibaut Pinot (FDJ) dan Nibali (Bahrain-Merida).

Pinot dan pemenang tempat ketiga, Tom Dumoulin (Team Sunweb) tercicir 24 saat di belakang Quintana yang kini di tangga teratas, mendahului Pinot 28 saat dan Dumoulin 30s, dan seorang lagi pelumba Belanda, Bauke Mollema (Trek-Segafredo) yang berada 51s di belakang, diikuti Nibali (1:10s) 

Isnin adalah hari rehat dan kayuhan Giro bersambung Selasa, membabitkan kayuhan ujian masa individu sejauh 39.8km. - REUTERS
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Giro D'Italia: Quintana Menang, Rampas Jersi Pendahulu

Sekianlah artikel Giro D'Italia: Quintana Menang, Rampas Jersi Pendahulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Giro D'Italia: Quintana Menang, Rampas Jersi Pendahulu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/giro-ditalia-quintana-menang-rampas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :