link : Nepal Adakan Pilihan Raya Tempatan Selepas 20 Tahun
Nepal Adakan Pilihan Raya Tempatan Selepas 20 Tahun
KATHMANDU: Nepal hari ini mengadakan pilihan raya tempatan, iaitu yang pertama sejak 1997 dan ia dianggap langkah pertama menuju demokrasi sejak perang saudara berakhir.
Kira-kira satu pertiga pengundi berdaftar di tiga wilayah layak untuk mengundi, sementara baki pengundi yang layak akan berbuat demikian dalam tempoh sebulan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menganggarkan sekurang-kurangnya 71 peratus keluar mengundi, iaitu berdasarkan data awal yang diperoleh, malam tadi.
Proses pengundian turut dibahagikan kepada dua fasa berikutan pergolakan di kawasan sempadan selatan berhampiran India.
Ia berikutan keengganan kumpulan etnik minoriti Madhesi menyertai proses pengundian sehinggalah pindaan terhadap Perlembagaan diluluskan.
Sementara itu, kali terakhir wakil bagi majlis tempatan dipilih adalah pada 1997 dan tempoh perkhidmatan lima tahun mereka tamat ketika pemberontakan Maoist.
Perang selama 10 tahun itu tamat pada 2006 dan Nepal mula mengalami proses perubahan daripada sistem monarki kepada sebuah republik, yang menyaksikan pentadbiran 10 kerajaan. - AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Nepal Adakan Pilihan Raya Tempatan Selepas 20 Tahun
Sekianlah artikel Nepal Adakan Pilihan Raya Tempatan Selepas 20 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nepal Adakan Pilihan Raya Tempatan Selepas 20 Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nepal-adakan-pilihan-raya-tempatan.html