link : Iran Ugut Serang Arab Saudi
Iran Ugut Serang Arab Saudi
Iran memberi amaran akan menyerang Arab Saudi habis-habisan kecuali Mekah dan Madinah jika negara itu bertindak ‘melulu’ berikutan kenyataan Timbalan Putera Mahkota Arab
Menurut Reuters, Menteri Pertahanan Iran, Hossein Deghan dengan nada sinis berkata, Arab Saudi beranggapan boleh bertindak sesuka hati memandangkan negara itu mempunyai pasukan tentera udara.
Beliau berkata demikian bagi merujuk situasi di Yemen yang menyaksikan kekerapan pesawat pejuang Arab Saudi menyerang kumpulan pemberontak Houthi yang disokong Iran di Sanaa.
“Jika Arab Saudi bertindak melulu, kami akan pastikan tiada kawasan yang tidak disentuh kecuali Mekah dan Madinah,” tegas Hossein melalui sebuah program yang disiarkan oleh stesen televisyen Al-Manar, lapor Utusan.
Pada hari Selasa lalu, Putera Mohammed berkata, sebarang pertempuran untuk meluaskan pengaruh antara Arab Saudi dan Iran perlu dilakukan dalam Iran dan bukannya Arab Saudi.
Kedua-dua negara itu saling bersaing untuk meluaskan pengaruh di Asia Barat dan menyokong kumpulan yang bertempur dalam perang saudara di Syria.
Iran menafikan tuduhan Arab Saudi bahawa pihaknya menyalurkan kewangan dan senjata bagi menyokong kumpulan yang memusuhi Riyadh di seluruh benua Arab.
Kenyataan luar biasa Putera Mohammed yang disiarkan menerusi televisyen turut menolak sebarang dialog dengan negara tersebut dan berikrar melindungi negaranya daripada usaha Tehran untuk menguasai dunia Islam.
“Kami tahu kami adalah sasaran utama rejim Iran justeru kami tidak akan menunggu perang datang ke Arab Saudi tetapi kami akan berusaha mewujudkan perang di Iran,” katanya.-Suara.TV
Demikianlah Artikel Iran Ugut Serang Arab Saudi
Sekianlah artikel Iran Ugut Serang Arab Saudi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Iran Ugut Serang Arab Saudi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/iran-ugut-serang-arab-saudi.html