link : Lembaga Tabung Haji sasar 1,941 penerima zakatnya tahun ini
Lembaga Tabung Haji sasar 1,941 penerima zakatnya tahun ini
Pengurus Besar Kanan Bahagian Sumber Manusia TH, Mohd Hisham Harun berkata TH telah memulakan siri jelajah Program Ehsan bermula hari ini dengan memberi sumbangan sebanyak RM70,000 kepada 140 orang yang terdiri daripada fakir miskin, warga emas, ibu dan bapa tunggal serta orang kelainan upaya (OKU) yang miskin tegar di Bangunan TH di sini.
"Program Ehsan ini adalah satu dari program CSR TH bersempena bulan Ramadan yang bertujuan membantu golongan fakir miskin di seluruh negara dan merupakan platform terbaik buat TH mendekati para penerima selain mengeratkan lagi ikatan silaturahim dengan komuniti setempat," katanya.Beliau berkata TH juga turut melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan yang dikendalikan Yayasan TH di 50 lokasi seluruh negara sempena bulan Ramadan tahun ini.
"Program ini menunjukkan keprihatinan TH terhadap keperluan masyarakat Islam setempat khususnya golongan asnaf," katanya.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Lembaga Tabung Haji sasar 1,941 penerima zakatnya tahun ini
Sekianlah artikel Lembaga Tabung Haji sasar 1,941 penerima zakatnya tahun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lembaga Tabung Haji sasar 1,941 penerima zakatnya tahun ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lembaga-tabung-haji-sasar-1941-penerima.html