Mat Over, David Deo Tarik Perhatian PM

Mat Over, David Deo Tarik Perhatian PM - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mat Over, David Deo Tarik Perhatian PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mat Over, David Deo Tarik Perhatian PM
link : Mat Over, David Deo Tarik Perhatian PM

Baca juga


Mat Over, David Deo Tarik Perhatian PM


SHAH ALAM – Kehadiran dua penggiat seni, yang menjadi bualan hangat netizen baru-baru ini, pada pembentangan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2016 di sini malam ini menarik perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang baru tujuh minit membentangkan laporan NTP, menjadikan penerbit filem Datuk David Teo dan pelawak Sulaiman Yasin atau Mat Over sebagai contoh semangat bersatu-padu dalam kalangan rakyat.

Sambil tersenyum memandang Teo dan Mat Over yang duduk di barisan hadapan di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM), perdana menteri berkata: “Ni, depan saya ni, nampaknya saudara Mat Over pun hadir dan Mejar David Teo pun ada. Duduk sama-sama lagi…macam ni la bagus.

“Ini yang saya mahu sebagai PM (perdana menteri) dan kerajaan hendak lihat rakyat kita bersatu-padu…barulah Malaysia akan berjaya,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin termasuk penjawat awam dan pekerja swasta, mahasiswa serta tetamu jemputan.

Turut hadir pada pembentangan NTP itu ialah pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor yang duduk di sebelah Teo.

Ketika membentangkan laporan NTP itu, Perdana Menteri turut meminta rakyat supaya menghindari pergaduhan dan sentiasa berbaik serta saling tolong-menolong supaya negara terus aman dan makmur.

Pada Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, Putrajaya minggu lepas, Mat Over menampar Teo yang didakwanya bersikap biadap di hadapan Najib.

Rosyam, yang bertindak sebagai moderator pada dialog itu, juga dikaitkan dengan insiden itu yang berakhir dengan sesi bermaafan di antara Teo dan Mat Over. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Mat Over, David Deo Tarik Perhatian PM

Sekianlah artikel Mat Over, David Deo Tarik Perhatian PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mat Over, David Deo Tarik Perhatian PM dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mat-over-david-deo-tarik-perhatian-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :