link : Zahid sasar nak bebaskan 20,000 orang dari status bangkrap...
Zahid sasar nak bebaskan 20,000 orang dari status bangkrap...
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi menyasarkan untuk membebaskan kira-kira 20, 000 orang yang berstatus bankrap di negara ini menjelang akhir tahun 2018.
Sasaran beliau yang juga Menteri Dalan Negeri itu juga merangkumi sasaran yang pernah diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, iaitu seramai 50,000 orang dalam masa lima tahun.
"Saya harapkan rundingan bagi membebaskan individu yang terbeban dalam masalah kebankrapan dapat dilakukan sebelum pilihan raya akan datang.
"Saya juga merasakan angka 50,000 orang dibebaskan dalam masa lima tahun itu akan dapat diselesaikan sepenuhnya, walaupun ia kedengaran agak berat, namun tidak mustahil ia dapat dilakukan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Forum Pengguna Ke-7 2017, Gerakkan Kuasa Pengguna! di Menara FELDA pada Sabtu.
Forum tersebut merupakan anjuran bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Patriot Negara dan Persatuan Anak Muda Islam Malaysia
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 ribu kepada PPIM untuk menjalankan operasi membantu para pengguna yang akan diserahkan pada minggu hadapan.
"PPIM merupakan sebuah NGO yang mempunyai dokongan ahli yang besar. Saya juga dimaklumkan oleh Toqqi (Nadzim) terdapat lebih kurang 4 juta pendokong PPIM seluruh Malaysia.
"Namun, terlalu banyak kekangan yang PPIM hadapi terutamanya dari segi kewangan. Tak payah pantun, saya faham cepat," katanya berseloroh sambil disambut gelak tawa para jemputan forum.
Beliau turut berharap agar dasar PPIM akan lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu kepada orang Islam sahaja.
"Saya harap dasar PPIM akan lebih terbuka supaya bukan pengguna Islam sahaja yang harus diselesaiman masalahnya, tetapi turut mengambil peduli masalah yang bukan Islam sahaja agar Islam nampak lebih cantik dan indah.
"Saya akan bantu sebaik mungkin kerana saya faham PPIM bukan sekadar memastikan halal-haram tetapi juga mendokong usaha kerajaan memerangi masalah sosial masyarakat seperti kes perjudian, gores dan menang, penipuan bersindiket, pinjaman along dan kemuflisan," katanya.

Demikianlah Artikel Zahid sasar nak bebaskan 20,000 orang dari status bangkrap...
Sekianlah artikel Zahid sasar nak bebaskan 20,000 orang dari status bangkrap... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zahid sasar nak bebaskan 20,000 orang dari status bangkrap... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/11/zahid-sasar-nak-bebaskan-20000-orang.html