link : Lepas Tali Gantung Tapi Kena Jel 20 Tahun
Lepas Tali Gantung Tapi Kena Jel 20 Tahun
SHAH ALAM: Dua beradik terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, meminda pertuduhan membabitkan kesalahan membunuh seorang lelaki selepas berebut tempat letak kereta, tiga tahun lalu.
Sebaliknya, tertuduh M Aingaran, 30, dan adiknya, Balasubramaniam, 28, dihukum penjara 20 tahun selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman meminda pertuduhan terhadap mereka daripada Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 304(a) KK iaitu menyebabkan kematian, pada akhir kes pembelaan.
Turut dihukum penjara selama 20 tahun adalah dua lagi rakan mereka M Peerarasu dan P Anbearasan, kedua-duanya berusia 31 yang sebelum ini juga didakwa mengikut Seksyen 302 KK.
Ketika membaca penghakimannya, Abdul Halim berkata kematian mangsa, R Tharmaraja, 32, adalah disebabkan provokasi yang dibuatnya sendiri selain pergaduhan serta cabar mencabar antara semua tertuduh dengan mangsa.
"Pendakwaan memanggil 19 saksi serta mengemukakan 59 eksibit manakala pembelaan tampil dengan tujuh saksi. Mahkamah mencapai keputusan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah bagi menyangkal kesahihan.
"Satu kes berjaya dibuktikan pihak pendakwaan tetapi bukan mengikut Seksyen 302 KK sebaliknya Seksyen 304(a) KK kerana menyebabkan kematian tanpa niat," katanya, hari ini.
Beliau kemudian memerintahkan keempat-empat tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap.
Aingaran ditahan pada 16 April 2014 manakala tiga lagi tertuduh ditahan pada 20 April tahun sama.
Mengikut pertuduhan asal, semua tertuduh didakwa mencapai niat bersama melakukan pembunuhan terhadap Tharmaraja, kira-kira jam 9 malam, pada 12 April 2014 di Pelangi Damansara PJU 6, Petaling.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar, manakala tertuduh diwakili peguam, Gubrachan Singh. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Lepas Tali Gantung Tapi Kena Jel 20 Tahun
Sekianlah artikel Lepas Tali Gantung Tapi Kena Jel 20 Tahun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lepas Tali Gantung Tapi Kena Jel 20 Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lepas-tali-gantung-tapi-kena-jel-20.html