link : Rafizi Perlu Mohon Maaf
Rafizi Perlu Mohon Maaf
PUTRAJAYA: CRT Insights Technologies Sdn Bhd (CRT) menafikan terbabit dalam skandal melobi kerajaan Amerika Syarikat (AS) bagi pihak kerajaan Malaysia, seperti mana didakwa Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Pengarah CRT, Florence Goh Siew Boey, menegaskan dirinya atau syarikatnya tidak tahu langsung mengenai Godfrey Group Limited (Godfrey) yang dikatakan menjadi pengantara bagi kerajaan Malaysia untuk mengeratkan hubungan dua hala dengan AS.
"Saya bukan orang yang (Rafizi) dimaksudkan, malah tiada sebarang kaitan dengan mana-mana pihak seperti mana didakwa dalam artikel yang dilaporkan Rafizi.
"Justeru, saya mahu Rafizi membuat permohonan maaf secara terbuka bagi membersihkan nama baik saya, keluarga dan syarikat (CRT) yang sudah 10 tahun beroperasi ini," katanya pada sidang media di Bangunan Menara Usahawan, di sini.
Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong. Sebelum ini, Rafizi, dalam laman blognya, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendapatkan khidmat Healy Baumgardner-Nardone dengan bayaran AS$250,000 (RM1.125 juta) pada 19 Mei lalu bagi melobi untuk mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-AS menerusi syarikat Godfrey. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Rafizi Perlu Mohon Maaf
Sekianlah artikel Rafizi Perlu Mohon Maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi Perlu Mohon Maaf dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rafizi-perlu-mohon-maaf.html