link : MRT Digunakan 1.8 Juta Penumpang Sejak Beroperasi
MRT Digunakan 1.8 Juta Penumpang Sejak Beroperasi
KUALA LUMPUR – Seramai 1.8 juta penumpang telah menggunakan Perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK) Fasa 1 sejak Januari sehingga April lepas.
Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Wira Othman Aziz berkata jumlah tersebut agak memberangsangkan memandangkan perkhidmatan itu masih belum diintegrasi dengan stesen perkhidmatan tren lain seperti Sistem Transit Aliran Ringan dan monorel.
“Warga kota akan menerima MRT sebagai gaya hidup baharu mereka secara perlahan dan diharap apabila kesemua laluan MRT siap (SBK Fasa 2 dan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya), rakyat akan lebih menerima pakai sistem pengangkutan tren,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke depoh MRT Sungai Buloh di sini, hari ini.
MRT laluan SBK fasa 1 mula beroperasi 16 Dis tahun lepas, meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan.
Othman berkata MRT laluan SBK setakat ini menerima kira-kira 15,000 penumpang sehari, dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 150,000 penumpang apabila Fasa 2 meliputi baki 19 stesen antara Semantan dan Kajang beroperasi Julai ini.
Katanya bagi menggalakkan warga kota menaiki pengangkutan awam itu, bas pengantara ke stesen MRT dan parkir juga disediakan untuk memudahkan pengguna.
Projek MRT SBK yang bernilai RM23 bilion meliputi jarak 51 kilometer dengan 31 stesen adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel MRT Digunakan 1.8 Juta Penumpang Sejak Beroperasi
Sekianlah artikel MRT Digunakan 1.8 Juta Penumpang Sejak Beroperasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MRT Digunakan 1.8 Juta Penumpang Sejak Beroperasi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mrt-digunakan-18-juta-penumpang-sejak.html