Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1

Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1
link : Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1

Baca juga


Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1

PROGRAM realiti Akademi Fantasia musim pertama yang menjadi fenomena ketika ia mula-mula disiarkan pada 2003 meninggalkan banyak memori bukan sahaja kepada penonton tetapi para pesertanya.

Namun sayang sekali ramai bekas pesertanya semakin lenyap daripada dunia seni dan ada segelintirnya tiada khabar berita.

Bagaimanapun salah seorang pesertanya, Nana Mahazan mengambil inisiatif untuk menghimpunkan semula kesemua peserta AF1 dalam sebuah acara iaitu #AF1reunion baru-baru ini.

Malah Nana sanggup mengeluarkan wang daripada poketnya sendiri bagi merialisasikan hasrat untuk bersama-sama 11 rakannya di atas  satu pentas.

“Idea untuk menghimpunkan kembali rakan-rakan AF1 berlaku secara spontan dan Alhamdulillah saya cadangkan kepada rakan-rakan dan mereka bersetuju untuk menjayakan persembahan itu.

“Jujur saya katakan acara itu memang tiada penaja dan saya keluarkan wang sendiri, paling penting kami dapat bersama-sama pada persembahan reunion itu,” katanya.

Kesemua peserta AF1 yang hadir adalah Vince, Khai, Rosma, Sahri, Azizi, Burn, Liza, Atie dan Adifashla manakala Azza tidak dapat menyertai kerana suaminya dimasukkan ke hospital.
Persembahan #AF1reunion diadakan di Comedy Planet, Kuala Lumpur pada 6 Mei lalu.

Dalam pada itu, Nana berkata, tujuan utama dia mengadakan program itu adalah untuk memberitahu bakat-bakat yang dilahirkan menerusi rancangan realiti itu bahawa peserta AF1 masih hebat walaupun masing-masing dilihat sepi daripada aktiviti seni.

Kata Nana, #AF1reunion juga adalah platform untuk memberi peluang kepada rakan-rakannya mengadakan persembahan selain mengimbau kenangan bersama peminat.

“Ramai di antara mereka yang sudah lama tidak menyanyi walaupun bakat mereka besar dan sebab itu saya bulatkan hati untuk buat juga program ini.

“Biar orang tahu mereka masih berbisa cuma peluang sahaja tidak ada untuk mereka kehadapan,” katanya.

Sementara itu, Nana berkata, dia tidak menolak akan membawa idea #AF1reunion bagi menjelajah seluruh Malaysia untuk mengadakan persembahan selain bertemu peminat.

“Selepas melihat ramai peminat memberi sokongan sehingga penuh Comedy Planet tempoh hari, ada idea untuk membawa persembahan itu ke seluruh Malaysia.

“Insya-Allah jika ada peluang dan rezeki, mengapa tidak?” soalnya.

The post Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1 appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1

Sekianlah artikel Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nana Mahazan Guna Duit Sendiri Kumpul Peserta AF1 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nana-mahazan-guna-duit-sendiri-kumpul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :