Polis Sedia Kawal Jakarta Susulan Keputusan Kes Ahok

Polis Sedia Kawal Jakarta Susulan Keputusan Kes Ahok - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Sedia Kawal Jakarta Susulan Keputusan Kes Ahok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Sedia Kawal Jakarta Susulan Keputusan Kes Ahok
link : Polis Sedia Kawal Jakarta Susulan Keputusan Kes Ahok

Baca juga


Polis Sedia Kawal Jakarta Susulan Keputusan Kes Ahok

Reuters
JAKARTA: Mahkamah Indonesia hari ini mendapati Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok bersalah atas dakwaan menghina Islam, dalam sebuah perbicaraan yang dilihat sebagai ujian toleransi agama di republik dengan populasi Islam terbesar dunia itu.

"Ahok didapati bersalah kerana melakukan kesalahan menghina, dan kerana itu kami menetapkan hukuman penjara dua tahun," ujar ketua hakim Dwiarso Budi Santiarto.

Pemerintah negara itu sebelum ini kerap dikritik kerana tidak melakukan yang sewajarnya untuk melindungi agama minoriti namun Presiden Joko Widodo, yang merupakan penyokong Ahok, telah meminta semua pihak menghormati proses perundangan.

Sumber rasmi berkata, ribuan anggota polis kini ditempatkan di sekitar bandar raya tersebut untuk mengawal keselamatan sekiranya berlaku sebarang ketegangan antara penyokong Ahok dan kumpulan Islamis yang sangat berharap agar Ahok dihukum atas dakwaan itu.

“Kedua-dua kumpulan akan mendapat peluang untuk melakukan tunjuk perasaan, namun kami bertanggungjawab untuk memastikan tiada pertembungan,” ujar jurucakap Polis Indonesia, Setyo Wasisto.

Ahok telah kecundang dalam pusingan kedua pemilihan Gabenor Jakarta April lalu, kepada pesaingnya yang beragama Islam, Anies Baswedan.

Dia akan menyerahkan tugas penting sebagai orang nombor satu Jakarta itu kepada Anies pada Oktober nanti.

“Kami harap hukuman yang dikenakan terhadapnya lebih berat,” ujar Novel Bamukmin, iaitu jurucakap kumpulan Islam konservatif Front Pembela Islam (FPI).

Ahok telah menafikan dirinya membuat kesalahan, namun telah mengemukakan permohonan maaf atas kenyataannya pada tahun lalu yang mengkritik pesaing politiknya yang menggunakan al-Quran dalam kempen. - Awani
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Polis Sedia Kawal Jakarta Susulan Keputusan Kes Ahok

Sekianlah artikel Polis Sedia Kawal Jakarta Susulan Keputusan Kes Ahok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Sedia Kawal Jakarta Susulan Keputusan Kes Ahok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-sedia-kawal-jakarta-susulan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :