PRU14 : Soon Koh Cadang Anak Sendiri Sebagai Calon Parlimen Sibu

PRU14 : Soon Koh Cadang Anak Sendiri Sebagai Calon Parlimen Sibu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRU14 : Soon Koh Cadang Anak Sendiri Sebagai Calon Parlimen Sibu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRU14 : Soon Koh Cadang Anak Sendiri Sebagai Calon Parlimen Sibu
link : PRU14 : Soon Koh Cadang Anak Sendiri Sebagai Calon Parlimen Sibu

Baca juga


PRU14 : Soon Koh Cadang Anak Sendiri Sebagai Calon Parlimen Sibu



KUCHING: Meskipun tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih belum ditetapkan namun beberapa ahli politik dilihat sedang bersungguh-sungguh untuk melobi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh telah mencadangkan Pengerusi Lembaga Perkhidmatan Komuniti (LPK) UPP Sibu Datuk Andrew Wong sebagai calon untuk bertanding di kerusi Parlimen Sibu.

“Kita hantar nama beliau (Andrew) kepada pemimpin tertinggi BN untuk dipertimbangkan,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, Andrew merupakan anak kepada ADUN Bawang Assan yang juga merangkap Presiden UPP, Dato Sri Wong Soon Koh.

Memetik laporan Utusan Borneo, Wong berharap rakyat tidak melihat faktor hubungan mereka tetapi melihat kepada kebolehan Andrew untuk berkhidmat demi rakyat.

“Jangan menilai beliau sebagai anak saya sebaliknya nilai beliau berdasarkan kebolehannya sebagai seorang individu.

“Disebabkan beliau adalah anak saya mungkin ramai beranggapan saya ingin mewujudkan satu dinasti menurunkan kuasa daripada seorang ayah kepada anak," ujarnya.

Tambah Wong, Andrew mempunyai perancangan besar untuk bandar Sibu sekiranya diberi peluang.

“Saya harap semua bekerjasama bukan sahaja untuk kita tetapi untuk penduduk di DUN Bawang Assan, penduduk Sibu serta generasi akan datang,” katanya. - Sarawakiana malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel PRU14 : Soon Koh Cadang Anak Sendiri Sebagai Calon Parlimen Sibu

Sekianlah artikel PRU14 : Soon Koh Cadang Anak Sendiri Sebagai Calon Parlimen Sibu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRU14 : Soon Koh Cadang Anak Sendiri Sebagai Calon Parlimen Sibu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pru14-soon-koh-cadang-anak-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :