link : PRKPujut : UPP, SUPP Bergabung Demi Tawan Balik Pujut
PRKPujut : UPP, SUPP Bergabung Demi Tawan Balik Pujut
KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dato Sri Wong Soon Koh mengumumkan partinya bersiap sedia berkerjasama dengan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN).
Memetik laporan Utusan Borneo, Wong berkata, parti sudah mencapai permuafakatan untuk menyokong mana-mana calon daripada kedua-dua parti.
"UPP sudah menghantar empat senarai calon kepada Pengerusi BN Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg untuk pertimbangan akhir.
“Kita menyerahkan keputusan itu kepada Ketua Menteri untuk memilih calon BN yang boleh menang sama ada daripada UPP atau SUPP," katanya.
Sementara itu, Ketua UPP Cawangan Senadin Keith Chin berkata, mereka sedia bekerjasama dan melakukan yang terbaik demi mengembalikan kerusi Pujut kepada BN.
Selain itu, Ketua UPP Cawangan Pujut Bruce Chai juga berharap rakyat memberi sokongan kepada calon semasa Piliharan Raya Kecil (PRK) itu nanti.
"Meskipun kita kalah dalam pilihan raya yang lalu, namun kita sudah memperbaiki diri sendiri dan komited untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Pujut," katanya. - Sarawakiana malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel PRKPujut : UPP, SUPP Bergabung Demi Tawan Balik Pujut
Sekianlah artikel PRKPujut : UPP, SUPP Bergabung Demi Tawan Balik Pujut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRKPujut : UPP, SUPP Bergabung Demi Tawan Balik Pujut dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/prkpujut-upp-supp-bergabung-demi-tawan.html