Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir

Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir
link : Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir

Baca juga


Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir


KUALA LUMPUR – PAS menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana sikap pemimpin utama parti itu ke atas agenda memperkasakan dasar Islam dalam pentadbiran dan perundangan negara.

Justeru, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan PPBM kononnya terdapat lima pemimpin PAS yang mengagalkan kerjasama tersebut tidak benar.

“PAS menafikan dakwaan bahawa perundingan antara PAS dan PPBM gagal disebabkan oleh lima individu yang disenaraikan beliau.

“Sebaliknya punca utama sikap dan kenyataan pimpinan utama PPBM berhubung agenda memperkasakan dasar Islam termasuk RUU355 dan serangan terhadap PAS itu sendiri oleh tokoh mereka.

“PAS menggantung perundingan juga disebabkan beberapa kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad khasnya yang bertentangan dengan dasar dan perjuangan PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ketua Biro Strategi dan Dasar PPBM, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff dalam wawancara dengan portal tajaan pembangkang mendakwa Tuan Ibrahim telah bersetuju supaya PAS mengadakan kerjasama dengan PPBM.

Bagaimanapun hasrat itu didakwa digagalkan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Ketua Penerangan, Nasrudin Hassan; Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali; Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Pengarah Penyelidikan PAS, Dr. Ahmad Zuhdi Marzuki

Tuan Ibrahim sebelum ini pernah mengeluarkan satu kenyataan bersama dengan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Mukhriz Mahathir kononnya PAS dan PPBM telah mencapai kata sepakat untuk menjalin kerjasama politik.

Namun, PAS Pusat kemudian memaklumkan tidak akan menjalin kerjasama dengan PPBM yang terlebih dahulu telah menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti sekular DAP.

PPBM diwujudkan oleh Mahathir selepas berpaling tadah daripada UMNO bagi melunaskan dendamnya ke atas parti terbesar kaum Melayu tersebut kerana beberapa kepentingan peribadinya dalam bidang perniagaan tidak dipenuhi Kerajaan Persekutuan. -MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir

Sekianlah artikel Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rundingan PAS, PPBM Gagal Kerana Mahathir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/rundingan-pas-ppbm-gagal-kerana-mahathir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :