Sam Masih Belum Sedia Kongsi Gambar, Nama Anak

Sam Masih Belum Sedia Kongsi Gambar, Nama Anak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sam Masih Belum Sedia Kongsi Gambar, Nama Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sam Masih Belum Sedia Kongsi Gambar, Nama Anak
link : Sam Masih Belum Sedia Kongsi Gambar, Nama Anak

Baca juga


Sam Masih Belum Sedia Kongsi Gambar, Nama Anak



PASTI ramai yang ternanti-nanti untuk aktor Shaheizy Sam mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya, kan?

Namun, mungkin kita hanya perlu bersabar sedikit kerana pelakon berusia 35 tahun itu masih belum bersedia untuk berkongsi terlalu banyak maklumat peribadi tentang anak sulungnya.

“Rasanya belum tiba masa saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. Insya-Allah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu.

“Tetapi apa yang boleh saya dedahkan saya mengekalkan ‘Sam’ seperti mana nama saya,” katanya.

Dalam pada itu, Sam memberitahu Syatilla kini berada di sebuah pusat berpantang bagi memastikan dia dan anaknya dijaga baik

“Alhamdulillah tempat itu memang bagus kerana akan ada jururawat yang tolong menjaga isteri dan anak saya sepanjang tempoh berpantang.

“Apabila keluar bekerja tidaklah saya risau sangat kerana ada orang tengok-tengokkan mereka.

“Dia akan berada di sana sepanjang tempoh berpantang malah saya sendiri tinggal di pusat itu,” katanya.

Sementara itu, Sam berkata, dia bersyukur kerana rezeki anaknya dimurahkan Allah apabila bayinya itu mendapat banyak hadiah bersempena kelahirannya.

Malah kata Sam, dia tidak sempat membeli sebarang barang keperluan anaknya kerana hadiah diberikan lebih daripada mencukupi.

“Namakan sahaja, semua ada sampai saya dan isteri tidak membeli sebarang barang pun untuk anak kami.

“Hadiah yang dia dapat cukup banyak, Alhamdulillah inilah dinamakan rezeki anak,” katanya. –MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sam Masih Belum Sedia Kongsi Gambar, Nama Anak

Sekianlah artikel Sam Masih Belum Sedia Kongsi Gambar, Nama Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sam Masih Belum Sedia Kongsi Gambar, Nama Anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sam-masih-belum-sedia-kongsi-gambar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :