Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak

Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak
link : Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak

Baca juga


Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak

Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak

Berkali-kali bibir mungil kecil itu mencium  abahnya. Kasihnya terlampau mendalam. Mungkin kalau boleh diterjemahkan rasa sayang itu, ia mungkin seluas lautan.  Kalau anak-anak lain dapat merasai bahang tubuh kekar ayah mereka tapi ciuman Ain hanyalah ke atas sekeping gambar berukuran pasport yang masih tinggal dalam simpanan ibunya kerana arwah ayahnya tidak suka bergambar.

Tahun ini menjadi Ramadan pertama bagi tujuh beradik ini mengharungi tanpa ayah dan Aidilfitri pasti akan menjadi kenangan lebih pahit kerana tahun lalu, pada hari ketujuh hari raya diraikan, ayah mengalami demam panas sehari sebelumnya dan disahkan meninggal dunia oleh doktor pada keesokannya. Terlalu pantas sehinggakan semua menangisi pemergian tidak disangka itu.

Jika Ain yang berusia dua tahun lima bulan faham erti rindu, anak-anak yang lain seperti Nurul Ashikin, 17, Nurul Ziana, 16, Nurul Aleeya Maisara, 14, Nurul Fatihah Nabila, 11, Muhammad Afiq Haikal, 10, Nurul Ain Batrisya, 2 tahun lima bulan dan Nurul Qhalisaha Izzara, 5 bulan, lagilah terlampau rindu terutama Zara yang langsung tidak berpeluang menatap wajah ayahnya sepanjang usia kerana semasa si ayah meninggal, dia baru tiga bulan berada dalam perut ibunya.

Berkongsi Ramadan memilukan kali ini, kata Norasnita Che Ya, 38 tahun, dia cukup terasa apatah lagi arwah suaminya, Zulkefli Salleh, 50 tahun adalah insan yang sangat mengutamakan keluarganya, sehingga sewaktu berbuka pun, dia akan pastikan anak isteri makan dahulu, baru dia menjamah makanan selepas itu.  

"Kebetulan rumah saya berdekatan rumah adik beradik dan rumah emak ayah saya. Kami selalu juga berbuka di luar bersama-sama. Arwah biasa akan minum seteguk air dan menyuruh saya berbuka dahulu sementara dia mendukung Ain yang masih kecil ketika itu. Selepas saya atau ahli keluarga lain selesai makan, baru dia memberikan Ain dan ambil tempat untuk berbuka. Kata mak saya, tahun ini pasti sangat berbeza dan tidak tahulah bagaimana keadaannya kerana Zara sendiri masih kecil."

Sara Hidup Anak-anak Sendirian

Lebih 18 tahun berumahtangga, faham benar Norasnita apa makanan disukai suaminya kala berbuka. Tidak kira lauk apa dimasak isteri tersayang, asal jangan pedas kerana arwah memang tidak suka makanan pedas.

"Arwah suami memang tak banyak kisah tentang makanan…"

Bercerita lagi tentang Allahyarham suaminya itu, Norasnita memberitahu, sebelum ini suaminya bekerja secara kontrak di Majlis Perbandaran Kulim tetapi apabila kontraknya tamat, dan tidak disambung arwah bekerja pula di sebuah kilang.

"Arwah baru bekerja selama dua tahun di kilang tersebut ketika dia menghembuskan nafas terakhir. Jadi selepas pemergian, wang KWSP dan wang Socso menjadi punca rezeki kami anak beranak. Dengan wang itu saya menyara keluarga."

Demam Panas Cuma Sehari

Takdir perjalanan kehidupan hambaNya sudah tertulis sejak di loh mahfuz lagi. Ada rahsia-rahsia Allah yang tidak diketahui oleh manusia termasuklah soal jodoh pertemuan dan ajal maut. Berkongsi kehilangan suami yang terjadi dalam sekelip mata juga bukan satu perkara mudah untuk diterima.

Kata Norasnita, sehari sebelum suami meninggal dunia pada tahun lepas, 14 Julai 2016, suaminya mengalami demam panas.

Kronologi Pemergian Suami

"Pagi itu, suami minta saya hantar anak-anak ke sekolah kerana dia tidak sihat. Kebetulan hari tersebut hari pertama anak-anak kembali ke sekolah selepas cuti panjang hari raya Aidilfitri. Suami beritahu dia demam dan tubuhnya terasa lesu. Saya hantar Afiq Haikal ke sekolah sebelah pagi kerana kakak-kakaknya yang lain menaiki bas awam ke sekolah. Balik dari sekolah, saya tengok suami sedang tidur. Macam biasa, saya terus kemas rumah, menyapu dan memasak.

"Bila tiba waktu Afiq pulang dari sekolah, saya pergi mengambilnya kerana suami masih tidur. Saya mula terasa tidak sedap hati apabila suami masih tidur ketika saya pulang dari mengambil Afiq. Hairan dia tidur terlalu lama. Sebelum ini kalau deman atau tak sihat badan pun, dia tidak pernah begitu. Saya kejutkan suami, minta dia bangun tapi nampaknya dia begitu lesu namun tetap berusaha untuk bangun. Dia memandang saya tetapi seperti orang tercari-cari sesuatu.

"Katanya, dia tidak nampak saya. Pandangannya sangat kabur. Saya sentuh tubuhnya, dan sangat terkejut kerana tubuh suami terlalu panas. Saya panggil mak yang tinggal di sebelah rumah. Sebaik mak sampai, tubuh suami menjadi kejang. Dia diserang sawan tarik, mungkin kerana terlalu panas.

"Saya segera menelefon ambulan. Di Hospital Kulim suami diberi rawatan kecemasan di zon merah. Sekitar jam 12.30 malam, suami dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Saya balik ke rumah setelah seharian di hospital. Menurut doktor keadaan suami saya masih lemah tapi agak stabil. Tengah malam itu saya balik ke rumah dan esok paginya, selepas uruskan anak-anak ke sekolah, saya kembali ke hospital.

"Sebaik sampai, doktor memaklumkan keadaan suami tenat dan meminta saya serta anak-anak berada bersama suami. Saya begitu panik. Anak-anak semua di sekolah, yang ada hanya anak masih kecil. Saya segera memberitahu keluarga dan adik-beradik mengenai keadaan suami seperti yang dilaporkan oleh doktor. Keadaannya sudah 50-50 ketika itu kerana kuman sudah merebak ke otaknya.

"Sekitar jam empat petang, 14 Julai, suami menghembuskan nafas terakhir di hadapan kami semua tanpa sempat memberi sebarang pesan kepada saya dan anak-anak."

Ditahan Dua Hari Sebelum Melahirkan Zara

Norasnita turut berkongsi kisah sedih sewaktu melahirkan Zara selepas kematian suami tercinta. Katanya, dia terpaksa ditahan di wad dua hari sebelum kelahiran Zara kerana darah tingginya naik mendadak.

"Selepas menjalani pembedahan semasa melahirkan anak bongsu, tekanan darah saya masih tinggi sehingga saya dan Zara dipisahkan wad. Hati saya begitu sayu ketika itu. Sukar benar untuk menggambarkan. Waktu itu, saya benar-benar teringatkan arwah suami…" ujarnya tidak mampu menahan air mata.

Biar Makan Nasi & Garam

Paling terkesan bukan saja dirinya tetapi juga anak-anak. Saat dibawa ke tanah perkuburan, Ain pasti akan memegang kubur ayahnya. Setiap kali ke sana Ain akan memeluk erat batu nisan ayahnya sebelum pulang.

"Ain sudah pandai memanggil nama abahnya dan dia akan menyebut abah setiap kali melawat pusara abahnya itu. Mungkin dia cuba meluahkan rasa rindu tetapi takdir Allah mengatasi segala-galanya."

Ibu tabah ini turut mengakui, selepas ketiadaan suami, tanggungjawabnya terasa berat  terutama dari segi kewangan apatah lagi anak-anak sedang membesar. Dia hanya memperoleh RM600 dari Sosco, RM450 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan RM100 untuk setiap anaknya yang bersekolah.

"Biasa duit belanja saya beri RM5 sehari. Tambang pergi balik sekolah sudah RM2 dan baki itulah anak-anak gunakan untuk berbelanja. Kadangkala anak-anak meminta lebih terutama bila ada kelas tambahan."

Dalam mengharungi liku kehidupan yang masih bersisa, Norasnita akan terus bertabah. Ada juga yang mahu mengambil anak-anaknya untuk dijadikan anak angkat bagi meringankan beban tanggungannya, tetapi katanya sesukar apa pun hidupnya, biarlah anak-anak bersamanya selagi hayat masa ada.

Bantu Norasnita & 7 Anak-anaknya

"Biar saya makan nasi dengan garam namun untuk memisahkan mereka adik-beradik tidak sama sekali. Kata orang sikit sama sikit namun saya tak sanggup melepaskan amanah ini."

Bagi anda yang ingin menyalurkan sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan sempena Ramadan ini, bolehlah salurkan ke akuan  Bank Simpanan Nasional di atas nama, Norasnita Che Ya di akaun 0-2004-4-00019876-7.
 

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak

Sekianlah artikel Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Viralkan Sedekah Ramadan: Suami Meninggal Mengejut, Ibu Anak 7 Ini Rela Makan Nasi,Garam Demi Anak dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/viralkan-sedekah-ramadan-suami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :