Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Untuk SUKSA Dan SUKMA 2018

Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Untuk SUKSA Dan SUKMA 2018 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Untuk SUKSA Dan SUKMA 2018, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Untuk SUKSA Dan SUKMA 2018
link : Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Untuk SUKSA Dan SUKMA 2018

Baca juga


Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Untuk SUKSA Dan SUKMA 2018


KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak akan membelanjakan sejumah RM10.9 juta sebagai persediaan atlet bagi menghadapi temasya Sukan Sarawak (SUKSA) Disember ini dan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata peruntukan tersebut juga akan turut digunakan untuk menganjurkan SUKSA.

Katanya,peruntukan tersebut adalah antara usaha bagi menepati hasrat rakyat Sarawak untuk melihat kontinjen negeri mengakhiri kemarau gelaran keseluruhan SUKMA selama 23 tahun pada edisi tahun depan, selain menjadi 'kuasa sukan' di negara ini.

Menurutnya, kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM3 juta sebagai persediaan atlet negeri menghadapi SUKMA sebelum ini.

Sarawak menjadi juara keseluruhan SUKMA selama tiga kali iaitu pada 1990, 1992 dan 1994.

Pada SUKMA 2016, tuan rumah Sarawak menduduki tempat kedua selepas Selangor, dengan memperoleh 57 emas, 43 perak dan 59 gangsa. Selangor muncul juara keseluruhan dengan kutipan pingat 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.

"Kami hampir merangkul kejuaraan tahun lepas tetapi kekecewaan seperti itu tidak akan mematahkan semangat kita untuk memburu gelaran juara pada edisi akan datang,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Latihan Angkat Berat SUKMA Sarawak di CrossFit Kuching, Jalan Wan Alwi di sini, hari ini.

Katanya, atlet Sarawak sudah mula melakukan persiapan awal dengan bantuan jurulatih tempatan dan asing bagi menghadapi SUKMA Perak.

Mengenai pembukaan pusat latihan angkat berat itu, Abdul Karim berkata setakat ini tujuh atlet menjalani program latihan di bawah bimbingan Edmund Yeo Thian Chuan dan dibantu oleh Sylvia Buda daripada Majlis Sukan Negeri Sarawak.

Katanya, 10 lagi atlet akan mengikuti latihan selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada November ini dan SUKSA pada Disember ini.

Dalam acara angkat berat SUKMA 2016, Sarawak hanya mengumpul satu emas, tiga perak dan tiga gangsa berbanding dua emas, tiga perak dan satu gangsa pada SUKMA 2014.

Pada SUKMA 2016, Pahang menguasai acara angkat berat dengan merangkul tujuh emas, empat perak dan satu pingat gangsa.

-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Untuk SUKSA Dan SUKMA 2018

Sekianlah artikel Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Untuk SUKSA Dan SUKMA 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sarawak Sedia Peruntukan RM10.9 Juta Untuk SUKSA Dan SUKMA 2018 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sarawak-sedia-peruntukan-rm109-juta_30.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :