link : Tentera beret merah Thailand kawal rumah kerajaan
Tentera beret merah Thailand kawal rumah kerajaan
Rumah kerajaan itu yang melambangkan tampok kuasa kerajaan menempatkan pejabat Perdana Menteri dan pejabat menteri kabinet yang lain.
Tentera "Beret Merah" yang cukup terlatih itu dari Markas Peperangan Khas Tentera dilihat memeriksa bangunan dan kemudahan dalam Rumah Kerajaan bagi memastikan langkah-langkah keselamatan berada pada tahap tertinggi.
Susulan insiden letupan di Hospital Pramongkutklao yang meragut 21 nyawa, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Jen Prawit Wongsuwan mengarahkan kawalan keselamatan terutama di bangunan kerajaan dan tempat awam dipertingkatkan.Prawit juga bertanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri.
Letupan di hospital tersebut yang disebabkan oleh bom paip berlaku genap seminggu selepas bom paip meletup di hadapan bangunan Teater Nasional dekat Sanam Luang di Bangkok, menyebabkan dua orang cedera ringan.
Satu bom paip juga meletup bulan lalu di hadapan bangunan Loteri Nasional di Jalan Ratchadamnern, menyebabkan dua orang dimasukkan ke hospital kerana cedera ringan.
-- BERNAMA
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Tentera beret merah Thailand kawal rumah kerajaan
Anda sekarang membaca artikel Tentera beret merah Thailand kawal rumah kerajaan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tentera-beret-merah-thailand-kawal_25.html