'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia

'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia
link : 'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia

Baca juga


'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baru dilantik, Nelo Vingada bertekad untuk memulihkan kembali imej bola sepak negara.

Pengendali kelahiran Portugal berusia 64 tahun itu yang mempunyai pengalaman luas sebagai jurulatih selama 35 tahun, berkata beliau bersedia berdepan cabaran itu bagi mengubah nasib skuad negara, namun penyokong diminta agar tidak mengharapkan ia boleh dicapai dalam tempoh yang singkat.

"Saya percaya dengan sokongan (Presiden FAM) Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) dan dengan kualiti pemain yang kita ada, saya berharap dapat membawa pasukan kebangsaan ke satu tahap yang lain.

"Saya bukan jenis yang menjanjikan keputusan (segera) kerana keputusan positif yang akan diperoleh adalah dengan kerja keras, dan saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

Pada 15 Mei lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Vingada sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan, bagi menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang mengambil alih tugas membimbing pasukan bawah 22 tahun negara untuk menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Vingada yang diberi jolokan ''The Professor'' kerana pengurusan bijak terhadap sesuatu pasukan yang dibimbingnya, memaklumkan beliau akan mengumpulkan barisan pemain bagi menjalani latihan pusat pada 2 Jun ini, untuk menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Korea Utara.

Perlawanan itu yang dijadual berlangsung pada 8 Jun di Stadium Kim II-Sung, Pyongyang telah ditunda ke suatu tarikh baharu oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berikutan ketegangan geo-politik di Semenanjung Korea.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia

Sekianlah artikel 'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'The Professor' sedia pulihkan nasib bola sepak Malaysia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/the-professor-sedia-pulihkan-nasib-bola_25.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :