Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara

Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara
link : Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara

Baca juga


Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara

Meskipun bergelar penghibur profesional, namun Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid mengakui beliau tetap merasai tekanan dalam membuat persiapan menjelang konsert berskala besar beliau, Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017 yang bakal berlangsung di Stadium Negara pada 5 Ogos depan.

Menurut pemilik nama sebenar Shaheila Abdul Majid ini selain persediaan untuk memberikan persembahan yang paling terbaik pada malam itu nanti, seperkara lain yang merisaukan beliau seandainya berlaku masalah terputus bekalan elektrik.

“Memang ada tekanan kerana sudah tentu peminat mengharapkan sesuatu yang lebih kali ini. Saya harus bersedia dari pelbagai segi bukan saja pada persembahan tetapi pada saat saya melangkah ke pentas saya perlu lihat dan tahu mood penonton saya.

“Ribuan penonton di hadapan saya nanti dan saya mahu buat sehabis baik untuk mereka semua. Apatahlagi sudah lama saya tidak beraksi di konsert berskala besar seperti ini. Jadi saya mahu pastikan semuanya okay. Namun kita boleh membuat perancangan dan apa-apa saja kemungkinan boleh berlaku pada malam itu.

“Saya takut jika bekalan elektrik terputus kerana seandainya itu terjadi, ia akan memberi kesan kepada seluruh konsert yang mana melibatkan pentas, pencahayaan termasuk juga para pemuzik saya.

“Bayangkan secara automatik mikrofon saya juga tidak boleh berfungsi dan penonton pula tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert berkenaan bertempat di hotel Double Tree, KL, pada Rabu.

Dalam pada itu, figura berusia 51 tahun ini berkata beliau juga memastikan kesihatannya berada dalam keadaan baik sehingga menjelang hari konsert yang sebenar.

Katanya, masih terkenang pengalaman mencemaskan ketika mengadakan konsert di Brunei kira-kira 12 tahun lalu apabila beliau kehilangan suara dan nyaris tidak dapat membuat persembahan

“Sebagai seorang penyanyi, tiada istilah sakit. Walau dalam keadaan apa sekalipun persembahan tetap perlu diteruskan.

“Saya masih ingat lagi, pengalaman mengadakan konsert di Brunei kira-kira 12 tahun lalu, saya hilang suara. Ketika itu sebenarnya sejak dari awal saya sudah mengalami batuk namun sehari sebelum konsert sebenar saya sempat mengadakan sesi bertemu peminat. Mungkin kerana terlalu banyak bercakap, pada hari konsert ketika bangun pagi, saya langsung tidak ada suara.

“Saya terus dapat rawatan dan doktor memberikan saya suntikan dan ubat. Doktor juga nasihatkan saya supaya jangan bercakap. Saya berehat di hotel dan malam itu saya tetap teruskan persembahan. Ketika memulakan lagu pertama, saya berusaha untuk bernyanyi sebaiknya dan kemudian masuk lagu-lagu seterusnya suara saya mula kembali seperti biasa. Saya sangat lega,” ceritanya.

Sementara berkongsi lanjut mengenai konsertnya, Sheila berkata beliau sangat gembira dan terharu kerana sejak diumumkan tentang konsertnya bulan lalu, keterujaan peminat dari peminat untuk mendapatkan tiket begitu hangat sehingga dua kategori tiket RM888 dan RM388 telah habis dijual.

“Saya gembira apabila mendapat tahu tiket banyak yang sudah habis. Ini beerti, ramai yang masih mahu melihat persembahan saya. Kita sedia maklum, orang Malaysia suka membeli pada saat akhir tetapi selepas sebulan konsert saya diumumkan, sudah 80 peratus tiket terjual. Saya juga dimaklumkan ramai peminat saya dari luar negara seperti Indonesia, Brunei dan Singapura juga sudah membeli tiket.

“Selama ini, ramai peminat saya yang sanggup ke luar negara untuk menyaksikan persembahan saya. Namun saya tahu ada juga yang tidak mampu dan tidak berkesempatan berbuat demikian.

“Tetapi kali ini saya kembali semula dan dapat beraksi di negara saya sendiri. Saya sangat terharu dan teruja untuk menghiburkan peminat-peminat di tanah air,” katanya yang pernah mengadakan konsert di lokasi sama kira-kira 26 tahun lalu.

Pada malam itu nanti, Sheila akan mendendangkan deretan lagu hits beliau merentasi kolrksi dari awal penglibatan dalam bidang muzik sehinggalah hasil karya dalam album terbaharu beliau.

Konsert anjuran IME Malaysia itu akan melibatkan 100 tenaga profesional, pemuzik terkenal antarabangsa dengan pimpinan pengarah muzik yang cukup sinonim dengan Sheila iaitu Mac Chew manakala Jennifer Thompson sebagai pengarah konsert.

The post Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara

Sekianlah artikel Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sheila Majid Trauma Pengalaman Hilang Suara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/sheila-majid-trauma-pengalaman-hilang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :