Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes

Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes
link : Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes

Baca juga


Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes

Pelakon Zain Saidin, 33, mengakui beliau kini sudah semakin seronok ‘turun padang’ mendekati sendiri pembeli kasut keluarnya ZapatoS by Zain Saidin berbanding ketika di awal-awal memulakan perniagaan dia lebih banyak menyerah tugas kepada pembantu-pembantunya.

Menurut suami kepada aktres jelita Rozita Che Wan, meskipun penat dan letih namun dia berasa puas apabila dapat bertemu sendiri dengan pembeli dan pengguna di samping berkongsi keterangan megenai produknya itu.

“Saya seronok berniaga kerana ia beri satu kepuasan yang berbeza daripada berlakon. Saya banyak menyertai karnival Mood Republic juga beberapa karnival lain menjelajah di lokasi terpilih seluruh negara.

“Kalau dulu, saya dan isteri pernah merasakan berniaga tidak memerlukan kita selalu turun padang menjual produk kerana ada team yang menguruskannya. Tetapi sejak terlibat dengan karnival Mood Republik di PWTC tahun lalu saya mula belajar buang ego saya sebaliknya timbul rasa seronok dapat turun ke booth.

“Saya dapat peluang berjumpa dengan pembeli apabila mereka bertanya mengenai sesuatu yang mereka kurang faham mengenai produk saya, saya akan terangkan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pada sidang media Mood Republik Back To Back Raya Galore Festival 2017, baru-baru ini.

Tahun ini Zain dan Che Ta sekali lagi tidak melepaskan peluang sama-sama melibatkan diri dalam karnival yang akan berlangsung di PWTC itu pada 16 Jun sehingga 19 Jun ini.

Kata Zain, dia bersyukur kerana sepanjang penyertaanya di dalam karnival sebegitu memberi pulangan yang cukup berbaloi. Walau bagaimanapun, dia enggan berkongsi lanjut mengenai keuntungan yang diperolehinya.

“Sepanjang bulan Ramadan ni nampaknya kami lebih sibuk di booth lah. InsyaAllah anak saya Aaisyah juga akan membuat penampilan tetapi dia tidak lah berada lama di booth.

“Alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana terpilih sebagai salah satu vendor untuk karnival ini. Ia adalah platform yang sangat unik dan terbaik sekaligus membuka peluang kepada usahawan seperti kami dalam memasarkan produk jualan kami.

“Seperti tahun lalu, hasil jualan produk saya cukup memberangsangkan. Secara tidak langsung menyuntik semangat dan keyakinan saya untuk terus menjalankan perniagaan,” tuturnya.

Selain itu, Zain berkata dia aktif sebagai motivator dan sering diundang oleh badan koporat dan institut pengajian tinggi untuk berkongsi pengalamannya sebagai usahawan. Disamping dia juga ada menerima undangan untuk berkongsi mengenai kecergasan dan tentang bahasa Inggeris.

“Ada pihak yang sudah mula nampak saya sebgaia usahawan, jadi mereka ada undang saya untuk berkongsi pengalaman. Sejak tahun lalu, saya mula aktif beri talk bukan saya tetang perniagaan, tetapi ada yang meminta saya berkongsi tentang fitness kerana sebelum ini saya ada pengalaman sebagai jurulatih kecergasan dan ada juga IPT dan sekolah-sekolah undang saya untuk beri talk tentang penggunaan Bahasa Inggeris,” katanya pelakon sitkom popular Oh My English! ini.

The post Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes

Sekianlah artikel Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zain Saidin Buang Ego Demi Bisnes dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/zain-saidin-buang-ego-demi-bisnes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :