Suspek koma dibelasah cuba cabul dalam tandas, kakak pencabul buat laporan polis

Suspek koma dibelasah cuba cabul dalam tandas, kakak pencabul buat laporan polis - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suspek koma dibelasah cuba cabul dalam tandas, kakak pencabul buat laporan polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suspek koma dibelasah cuba cabul dalam tandas, kakak pencabul buat laporan polis
link : Suspek koma dibelasah cuba cabul dalam tandas, kakak pencabul buat laporan polis

Baca juga


Suspek koma dibelasah cuba cabul dalam tandas, kakak pencabul buat laporan polis

Cabul Wanita Dalam Tandas Pusat Membeli Belah, Lelaki Koma Dibelasah

Seorang lelaki berusia 30 tahun koma dibelasah orang awam kerana didakwa mencabul seorang wanita dalam tandas di tingkat satu kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar semalam.

Baca artikel sebelum: Penagih dadah cuba rogol wanita dalam tandas shopping mall di Alor Setar di belasah

Dalam kejadian 4 petang, lelaki itu didakwa cuba memeluk wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita itu menggigit tangannya tetapi ditumbuk di perut oleh suspek.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari beberapa individu yang berada di luar tandas selepas terdengar jeritan mangsa menyebabkan suspek dibawa ke tingkat bawah bangunan itu dan dibelasah kumpulan lelaki terbabit.

Lelaki berusia 30 tahun koma dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar Deputi Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, suspek ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum membawanya ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, keadaan suspek kini masih kritikal dan dirawat di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di kepala disebabkan insiden yang berlaku.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan namun masih dalam siasatan. Kakak lelaki itu membuat laporan polis berhubung kejadian yang menimpa adiknya pagi tadi manakala wanita yang menjadi mangsa itu sudah membuat laporan di IPD Kota Setar malam tadi yang mendakwa dia dicabul.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Suspek koma dibelasah cuba cabul dalam tandas, kakak pencabul buat laporan polis

Sekianlah artikel Suspek koma dibelasah cuba cabul dalam tandas, kakak pencabul buat laporan polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suspek koma dibelasah cuba cabul dalam tandas, kakak pencabul buat laporan polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/suspek-koma-dibelasah-cuba-cabul-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :