Terlepas Penerbangan: Pesawat Diarah Patah Balik

Terlepas Penerbangan: Pesawat Diarah Patah Balik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terlepas Penerbangan: Pesawat Diarah Patah Balik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terlepas Penerbangan: Pesawat Diarah Patah Balik
link : Terlepas Penerbangan: Pesawat Diarah Patah Balik

Baca juga


Terlepas Penerbangan: Pesawat Diarah Patah Balik



KABUL - AFGHANISTAN. Penyokong dua Ahli Parlimen Afghanistan yang terlepas penerbangan bertindak menyekat landasan dengan batu, memaksa pesawat itu berpatah balik, lapor AFP.

Penerbangan Kam Air yang dipaksa untuk berpatah balik dari wilayah Bamiyan awal minggu ini mencetuskan kecaman di media sosial yang menuduh ahli parlimen berkenaan menyalahgunakan kuasa mereka.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, lima orang termasuk pegawai keselamatan lapangan terbang ditahan kerana membuat lencongan haram.

"Kedua-dua Ahli Parlimen tiba di lapangan terbang Kabul kerika pesawat itu di landasan dan bersedia untuk berlepas," Humayun Stanakzai, pengarah penerbangan awam memberitahu AFP.

"Ahli Parlimen marah dan menghubungi penyokong mereka di Bamiyan.

"Apabila pesawat itu menghampiri lapangan terbang Bamiyan, beberapa penyokong berada di lapangan terbang menyekat landasan dengan batu menyebabkan pesawat itu tidak dapat mendarat dan terpaksa berpatah balik ke Kabul," katanya.

Pesawat yang membawa 30 penumpang terpaksa mengisi minyak dan mendarat semula ke Bamiyan bersama dengan dua ahli parlimen terbabit.

Kam Air, sebuah syarikat penerbangan swasta, pada hari Rabu berkata, mereka menggantung semua penerbangan ke Bamiyan serta merta kerana kejadian itu boleh membahayakan nyawa penumpang dan pekerja lapangan terbang.

Ahli parlimen Afghan kerap dituduh rasuah, nepotisme dan menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan diri sendiri.

Penerbangan awam telah berkembang pesat di Afghanistan sejak Taliban digulingkan daripada dalam serangan yang diketuai AS pada tahun 2001, dengan beberapa syarikat penerbangan swasta yang beroperasi di negara ini.-SH malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Terlepas Penerbangan: Pesawat Diarah Patah Balik

Sekianlah artikel Terlepas Penerbangan: Pesawat Diarah Patah Balik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terlepas Penerbangan: Pesawat Diarah Patah Balik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/terlepas-penerbangan-pesawat-diarah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :