link : British Airways Batal Penerbangan, Masalah Sistem IT
British Airways Batal Penerbangan, Masalah Sistem IT
LONDON – British Airways berkata ia membatalkan semua penerbangan keluar dari Lapangan Terbang Heathrow dan Gatwick London sepanjang hari ini selepas berdepan masalah sistem komputer (IT).
Syarikat penerbangan itu sebelum ini berkata semua penerbangan dari kedua-dua lapangan terbang dibatalkan hingga jam 6 petang (waktu tempatan), tetapi seorang jurucakap kemudian memaklumkan kepada AFP semua penerbangan hari ini dibatalkan.
Masalah sistem IT global itu menyebabkan beribu-ribu penumpang terkandas berjam-jam di lapangan terbang manakala pesawat bersusun di landasan.
Syarikat penerbangan itu berkata, belum ada bukti serangan siber menjadi punca masalah IT yang dihadapinya sehingga terpaksa membatalkan penerbangan dari Heathrow dan Gatwick serta turut menjejaskan pusat panggilan serta laman webnya.
“Sebahagian besar penerbangan jarak jauh yang dijangka tiba di London esok dijadual tiba seperti biasa dan kami berusaha keras memulihkan sistem mulai esok, walaupun gangguan dan kelewatan penerbangan akan berterusan hingga Ahad,” kata BA dalam kenyataan.
“Kami sangat sedih dengan kesusahan dihadapi penumpang menjelang musim sibuk ini apabila cuti sekolah pertengahan tahun baru bermula dan Isnin pula cuti umum,” kata BA yang juga ahli gergasi penerbangan Eropah, IAG.
Terminal di Heathrow dan Gatwick kini penuh dengan ribuan penumpang yang berang manakala kakitangan BA pula kebingungan kerana tidak dapat membantu lantaran tidak dapat akses komputer mereka. – AFP
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel British Airways Batal Penerbangan, Masalah Sistem IT
Anda sekarang membaca artikel British Airways Batal Penerbangan, Masalah Sistem IT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/british-airways-batal-penerbangan.html