link : Tiga Beranak Ditahan Positif Dadah Di Lawas
Tiga Beranak Ditahan Positif Dadah Di Lawas
LAWAS: Seorang guru dan dua anaknya ditahan kerana didapati positif dadah jenis syabu di kediaman mereka di sebuah daerah kecil Sundar malam tadi.
Memetik laporan laman Facebook Discover Lawas, guru yang berusia 50 tahun itu bersama dua anaknya lelakinya masing-masing berusia 22 dan 20 tahun ditahan sekitar jam 7.50 malam tadi di sebuah kuarters kediaman guru dekat sini.
Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan tangkapan tersebut berkata, pihak dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah diketuai oleh ASP Jason Baya menahan tiga beranak yang berasal dari Kampung Baru Sundar itu ketika sedang menagih dadah bersama di rumah berkenaan.
Menurutnya, guru berkenaan pernah ditahan dan pernah memiliki rekod lampau dalam operasi banteras aktiviti penyalahgunaan dadah pada tahun lalu.
Beliau juga dipetik sebagai berkata, dua anak lelaki guru berkenaan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.
“Ketiga-tiga suspek akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya - Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Tiga Beranak Ditahan Positif Dadah Di Lawas
Sekianlah artikel Tiga Beranak Ditahan Positif Dadah Di Lawas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tiga Beranak Ditahan Positif Dadah Di Lawas dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/tiga-beranak-ditahan-positif-dadah-di.html