KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA

KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA
link : KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA

Baca juga


KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA

Jumlah penumpang memasuki Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diramalkan bakal mengatasi jumlah trafik lapangan terbang negara jiran, Changi pada tahun depan, lapor Malaysia Airports Holdings (MAHB).

Dengan purata 14.1 juta penumpang melalui KLIA pada suku pertama tahun ini berbanding 15 juta di Singapura, jumlah tersebut dijangka meningkat disebabkan oleh penurunan nilai pengunjung ke Changi.

“Kita kekal optimis peningkatan trafik 6.5% setahun bagi operasi kita di Malaysia, dengan pertumbuhan trafik penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing pada kadar 4.7% dan 8.2%,” ujar MAHB dipetik portal berita The Mole.

Ujar syarikat berkenaan, sekiranya jumah penumpang kekal konsisten meningkat, KLIA akan mengatasi Lapangan Terbang Changi dengan jumlah pengunjung lebih ramai.

Mengulas mengenai peningkatan kepada pertumbuhan berkenaan, MAHB menjelaskan ia antaranya disumbangkan oleh pengecualian visa atau kemudahan ENTRI (Pendaftaran pelancongan elektronik) dan kemudahan visa elektronik kepada pelancong India dan China.

Pelancong China yang berkunjung ke Malaysia, rata-ratanya memilih Pulau Pinang, Melaka, Pulau Langkawi, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak sebgai destinasi pilihan.

Dan jumlah paling ramai direkodkan sewaktu musim perayaan sambutan Tahun Baru Cina.

Kemudahan pengecualian visa atau kemudahan ENTRI (Pendaftaran pelancongan elektronik) dan kemudahan visa elektronik yang diperkenalkan oleh kerajaan pada Mac 2016

Ujar MAHB lagi, peningkatan populasi pengembara, nilai tambang kompetetif, serta kapasiti tempat duduk syarikat penerbangan turut menyumbang kepada pertambahan jumlah pelancong.

“Sebahagian daripada pertumbuhan ini juga disebabkan oleh pemulihan daripada pemotongan kapasiti oleh Malaysian Airlines pada 2014 dan 2015.

“Usaha kami untuk membangunkan KLIA sebagai hab pilihan ASEAN juga menyumbang kepada pertumbuhan ini,” katanya lagi.


Demikianlah Artikel KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA

Sekianlah artikel KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KLIA BAKAL LEBIH HEBAT DARI LAPANGAN TERBANG CHANGI, SEMAKIN RAMAI PELANCONG SUKA MALAYSIA dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/klia-bakal-lebih-hebat-dari-lapangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :